Taring dan tanduk nampaknya sudah menjalar keluar tak kira mana politik dalam perebutan kuasa sesama sendiri menjelang pilihanraya umum ke 13.Pagi Ahad, krisis antara Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri itu meledak secara terbuka.
Ini gara-gara Ramasamy pandai-pandai umum nak kemuka tiga calon pilihanya untuk PRU 13 dan juga sendiri umum beliau nak bertanding semula kerusi DUN Prai dan Parlimen Batu Kawan yang disandingnya sekarang.
Karpal yang merasa budak junior dalam parti itu sudah tunjuk lagak baru-baru ini belasah balik Ramasamy mengingatkan beliau kuasa memilih calon hanya ada pada Jawatankuasa Pusat DAP.
Malah katanya kedudukan samada Ramasamy tanding semula belum dapat dipastikan lagi.Tambah pedih lagi Karpal tegaskan bahawa parti itu tidak boleh terima warlord yang pandai-pandai nak tentukan calon pilihanraya.
Ini membuatkan Ramasamy balas balik kata bukan saja warlord saja patut dinyahkan tetapi juga 'godfather' dalam parti - merujuk pada Karpal.
Tak cukup setakat itu,menjelang bermulanya konvensyen DAP Pulau Pinang di sebuah hotel di Butterworth pagi Selasa 200 penyokong Ramasamy berkumpul di situ dan mengejek Karpal.
Ada yang memekik minta Karpal ' pencen' semasa beliau kelihatan memasuki hotel berkenaan.
Juga dihentam dua wakil rakyat DAP, R.S.N. Rayer (Seri Delima) dan A. Tanasekaran (Bagan Dalam) yang sebelum ini turut menghentam Ramasamy.
Penyokong Ramasamy juga dakwa beliau ada membantu selesaikan isu Kampong Buah Pala yang heboh satu ketika dulu sebaliknya lain-lain pemimpin DAP tidak buat apa-apa.
Semasa ucapannya di konvensyen itu,Karpal yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang balon Ramasamy menuntut beliau meminta maaf kerana menyinggung golongan veteran parti.
AGENDA DAILY
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
No comments:
Post a Comment