Bertuah badan kalu dapat 10 juta,Depa yang dok merepek apa nie pulak.Kami bukan blogger upahan dan menerima wang dari orang.Semuanya diatas peruntukan sendiri.Selalunya klu dibayar takkan bertahan lama sebab perjuangan berdasarkan upah hanya sementara.Banyak sangat dah tengok dan melihat dengan mata kepala sendiri.Baik dalam atau luar dari parti keramat ini sendiri yang dok ada pun semuanya kamjat.So rasanya biaqlah MKP berjuangan dengan cara dan pendekatan tersendiri.
Pemberian RM10 Juta Kepada Blogger UMNO Satu Pembohongan!
KUALA LUMPUR – Tuduhan kononnya UMNO membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang pilihan raya umum akan datang merupakan satu pembohongan.
Malah tindakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menuduh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad memberi peruntukan itu kepada bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru merupakan perkara yang tidak benar sama sekali.
"Ia adalah tidak benar dan satu pembohongan," kata Tengku Sarifuddin dalam satu kenyataan di sini hari ini
Kelmarin dalam kenyataanya kepada Keadilandaily.com, Nik Nazmi berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden UMNO, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.
Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.
Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina. -mynewshub.my
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
No comments:
Post a Comment