Majoriti mahasiswa tidak bersetuju tindakan Adam Aidil.Hanyalah golongan yang saja ingin mencetuskan provokasi sedangkan perbincangan meja bulat baru sudah diadakan untuk mendapat sudut pandangan pelbagai pihak untuk berkenaan AUKU.
Bukan itu saja,malah kelihatan secara umum,AUKU digesa dihapuskan dalam perbincangan tersebut dan The Star Online turut melaporkannya.Ini menunjukkan berita masih boleh sampai kepada rakyat tanpa perlu provokasi kumpulan kecil mahasiswa ini.Tiada wujudnya 'news blackout'.
Walaupun mahasiswa inginkan peluang lebih lapang menyuarakan pendapat,tetapi ia tidak bermaksud mahasiswa akan mengejar kebebasan itu dengan tidak menghormati nas undang-undang dan maruah pihak lain.
Saya pohon masyarakat tidak memandang serong kepada mahasiswa kerana mereka tidak mewakili kami.
Pada masa yang sama,kami mewakili rakan-rakan mahasiswa mahasiswi menolak tindakan mengaibkan diri individu dari mana-mana pihak kerana ia bukan menjuruskan kepada penyelesaian tetapi lebih kepada menjatuhkan maruah semata-mata.
Akmal Saufi Mohamed Khaled
Mahasiswa Aman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
10 Tokoh Sains Dan Teknologi Yang Meninggal Dunia Pada Tahun 2025
-
Dua hari lalu kami terbitkan senarai 10 perkhidmatan dan perkakasan yang
ditamatkan pada tahun 2025. Hari ini tiba pula giliran senarai 10 tokoh
sains dan ...

No comments:
Post a Comment