Friday, January 27

200 Ahli PAS Tegar Felda Teloi Timur Masuk UMNO.

Sebentar tadi berlangsung majlis penyerahan borang kemasukan ahli tegar PAS seramai 200 orang yang telah menyertai parti itu selama 18tahun telah insaf kerana PAS tidak lagi mampu mendukung perjuangan demi memertabatkan Islam sebagai teras perjuangan.Ahli Parlimen langsung tidak mengambil tahu hal ehwal rakyat sekitar Parlimen Sik ini. Ahli Parlimen tersebut Che Uda.Apa kejadah punya MP sampai tak turun kawasan,Bila nak undi baru balik kawasan.Kebetulan ini melibatkan Peneroka Felda Teloi Timur,Sik Kedah. dan pastinya Mazlan Aliman menangis dengan berita ini.

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.

Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada dibiarkan.


Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka. Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.

4 comments:

Servant of God said...

Alhamdulillah...

Masih ada yang belum buta hati sepenuhnya...

DENORISH said...

Alhamdulillah Allah telah membuka hati mereka, kerana kebenaran itu akan sentiasa bersama orang yang benar, sesungguhnya FELDA mahu memastikan Peneroka senang dan berusaha memastikan ianya bertambah demi kemewahan Peneroka itulah berkat kesabaran terima kasih kepada peneroka-peneroka yang telah sedar akan kesilapan mereka.

usin said...

jangan biarkan mazlan aliman bunuh diri. pastikan dia terus hidup untuk meneruskan fitnahnya ke atas felda.

kingnek said...

Hassan Ali terus menyebabkan beribu orang ahli PAS sedar, PAS ni hanyalah layak menjadi Parti Adat Sukan!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive