Debat seorang pemuda dengan Imam.Kisah ini berlaku disebuah surau selepas solat Isyak dan berikut adalah debat yang menusuk hati.
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..
3 comments:
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit. Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya! Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Boleh. Uztaz harus faham sakit ialah satu konsep bukan satu benda fizikal. Tetapi konsep tersebut boleh di buktikan. Maka saya terangkan konsep sakit. Rasa sakit itu datang dari sistem saraf saya yang memberi isyarat melalui cas-cas eleterik tubuh manusia yang mana saraf saya yang mengesan daya yang datang dari Uztaz. Daya tersebut datang dari tenaga keupayaan yang Uztaz simpan di otot tangan uztaz lalu di tukar kepada tenaga kinetik, bunyi dan juga tenaga haba. Apabila di kenakan daya, sistem saraf tersebut memberi stimulasi kepada otak untuk memberi tahu zat tubuh saya dalam keadaan merbahaya dan berpontesi untuk kerosakkan tisu badan dalam kes ini tisu badan di pipi saya.
Imam : ......... Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Pemuda: Benar kita tidak ammpu melihat kewujudan Tuhan TETAPi seperti sakit tadi kita mampu membuat penerangan tanpa melihat kewujudan sakit secara fizikal sakit itu wujud.. Maka jika Imam sudah tahu perkara ini kenapa memberi contoh dalam tamparan. Bukankah ianya tidak adil.? Kenapa tidak buktikan kewujudan Tuhan menurut penerangan konsep seperti saya terangkan konsep sakit di atsdi atas. Ini tidak adil. Saya mohon Qisas.
(lalu Pemuda itu menampar imam itu sebagai Qisas.)
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak. Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Pemuda: Saya tidak setuju. Takdir tamparan kepada saya bukan takdir mutlak. Imam sebenarnya boleh memilih untuk tidak menampar atau menampar. Tidak melakukan tamparan juga takdir. Tetapi Tuan memilih untuk menampar. Kita bukan puak Jabariah Pendapat Imam mirip puak Jabariah. Kalau begitu jika saya berzina hari ini adakah ianya juga takdir? Kiata boleh memilih dan samada pilihan kita itu dizinkan oleh Allah atau tidak di izinkan. Adakah Imam yakin tangan boleh kena ke pipi saya sebelum menampar saya?
Imam: errr...... Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda : Kulit. Otot. tulang Imam : Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda : Sama tetapi tidak dalam komposisi yang sama seperti tangan Imam.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..
Pemuda: Benar. tetapi Imam harus faham jika Imam tidak tidur dalam kelas fizik dan kimia terdapat perbezaan di antara api dan nyalaan atau dalam bahasa Inggeris Fire and flame. Yang kita Nampak dan yang kita kata api sebenarnya ialah nyalaan. Nyalaan datang dari proses pengoksdiaan yang cepat dari bahan-bahan yang boleh berlakunya pengoksidaan yang menghasilkan cahaya, haba dan bahan akhir nya karbon. Api juga satu konsep proses seperti sakit tadi. Yang kita tidak boleh nampak tetapi boleh dibuktikan.
Satu lagi Tuan Imam setahu saya Syaitan dari golongan jin diperbuat dari api yang tidak berasap. Jika kita merujuk konsep api di atas iaitu proses pengoksidaan tenaga elekterik juga boleh berlaku melalui proses pengoksdiaan seperti bateri kereta. dan jika di lihat dari perkataan api yang tidak berasap dan tenaga elekterik maka sangat bertepatan sekali. Maka jika Tuan kata ... (tak sempat habis...)
Imam: .... KAMU INI LOYAR BURUK!! INI SEMUA SALAH UMNU. (lalu menampar pemuda berkali-kali sebab beliau dah termalu)
Pengajarannya: zaman ini kaedah seperti Imam tadi dah tak boleh pakai dah. zaman dulu bolehlah.. Harap Imam-imam atau bakal imam ambil la perhatian... Ilmu Allah ini luas dan orang sekarang tidak mudah berpuas hati jika Imam hanya sekadar berkata Wallahualam tanpa memberi penerangan yang mantap.
To Anonymous. Cerita ni dah berzaman diceritakan, bersesuaian dengan zaman analog. Sekarang ni zaman Digital. Soalan tadi saya kira jika ditanya oleh Tuan Anonymous maka jawapan yang datang dari seorang Tuan Imam dari zaman Digital tanpa perlu menggunakan penampar. Kiasnya, 30 tahun dulu tuan guru atau cikgu kat sekolah pukul / rotan anak kita - bagus kerana mendidik anak kita menjadi manusia. La ni kalau rotan anak murid, bolih kena saman. kalau tak faham kias ni, tak mengapa. Sekian seadanya. Wasalam
Al218.
Suruh ingat Allah pun macam2 alasan...
Post a Comment