Dalam budaya Melayu juga telah banyak menggambarkan sifat-sifat munafik atau hipokrit ini. Contohnya talam dua muka, musang berbulu ayam, telunjuk lurus kelingking berkait, pepat di luar runcing di dalam, dan lain-lain.
Allah subhanahu WataAla sangat murka terhadap perbuatan khianat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 52 yang tafsirnya:
"Dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat."
Khianat adalah lawan bagi sifat amanah. Ia juga merupakan sifat atau ciri-ciri orang yang munafik, sebagaimana tersebut dalam hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tanda-tanda munafik itu tiga perkara: apabila seseorang itu bercakap ia sentiasa berbohong, apabila berjanji tidak pernah ditunaikan dan apabila diamanahkan mereka khianat." (Riwayat al-Imam al-Bukhari).
Kedudukan orang munafik tempatnya di neraka yang paling bawah bersama-sama orang kafir, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 145 yang tafsirannya:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."
2 comments:
mintalh penjelasn yg sebenarnya drpd UAI(Y)
mintalh penjelasn yg sebenarnya drpd UAI...x elok mnuduh tau...UAI prnah mjlaskn kat fb...
Post a Comment