Sunday, January 6

TOKONG LGE HINA KAUM INDIA PULAU PINANG....


Kenapa dua perayaan utama masyarakat India di Malaysia sambutan Ponggal dan Thaipusam tidak dimasukkan dalam kalendar peristiwa penting kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP?

Itu tanda tanya yang dibangkitkan oleh Pemuda MIC negeri itu selepas menyedari tiada dua sambutan penting itu dalam kalender 'visit Penang'.

Ponggal, atau perayaan menuai, disambut pada 15 Jan, manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Jan.

Ketua Pemuda MIC negeri J. Dhinagaran berkata tindakan mengetepikan dua perayaan itu samalah seperti tidak mengiktiraf tradisi, agama dan budaya masyarakat India.

Katanya laman web kerajaan negeri www.visitpenang.gov.my memuatkan Thaipusam sebagai acara penting 2011/2012, tetapi mengetepikannya dalam kalender 2012/2013.

Berikutan itu, Pemuda MIC meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

"Kami mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan tentang tindakan mengetepikan acara berkenaan dalam kalender acara penting tahun ini dan memohon maaf kepada masyarakat India," katanya.

Dhinagaran, yang juga bendahari Pemuda MIC kebangsaan, berkata Lim juga perlu menegur exco pelancongan dan kebudayaan negeri, Danny Law Heng Kiang yang tidak memasukkan sambutan itu dalam kalender berkenaan kerana ia menyinggung perasaan masyarakat India.

MKP Ayat Sempoi : Ramasamy dah kena Boikot Ke dengan DAP bila kalah CEC...

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive