Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Tropical Storm Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.
Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand. Dari peta di atas dapat kita melihat laluan Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.
Pesanan: Jabatan Metereologi Malaysia
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)
Dikeluarkan pada: 07:10pm pada 05 Januari 2013
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Isnin, 7 Januari 2013 sehingga Rabu, 9 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
No comments:
Post a Comment