exponegaraku

Sunday, July 13

KENAPA MESTI AZEEZ RAHIM SAJA YANG MENDAPAT NAMA.....? @azeezputera @NajibRazak #FreePalestin


Dato' Sri Abdul Azeez pernah diberikan penghormatan yang sangat tinggi apabila dianugerahkan sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine oleh Perdana Menteri (Gaza, Palestin) Hon. Dr Ismail Haniyeh, sewaktu didalam Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap Rakyat Gaza, Palestine Kelab Putera 1 Malaysia dan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ( 2nd Wave Road to GAZA ) pada tahun 2012.

Seorang veteran UMNO yang pernah bersembang dengan Blogger MKP, apabila diminta komen mengenai Azeez, inilah kata kata beliau, 
"No one in UMNO can do things and wonders like Azeez..., Dia nie boleh buat semua uphill task! Kerja yang orang tak mampu nak buat, pergi tolong orang, pergi bantu orang susah..., pergi selamatkan nyawa orang..., pergi dok redah gempa bumi, randuk banjir laa, u just name it, nie semua kepakaran si Azeez..."
Sepanjang tempoh beberapa tahun yang lalu, beliau kuat bekerja dan telah berjaya mengharumkan nama negara. Oleh itu, persetujuan untuk memberikan amanah yang besar ini kepada beliau sudah pastilah telah perhalusi dengan sebaik-baiknya oleh YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri kita.

Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi ‘Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.
“Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal…setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan. 
“Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya.

2 comments:

sesejuk mata memandang said...

Tidak perlulah kita berdengi hati dengan Dato Azeez ini , beliau dilihat berpotensi pergi jauh dalam politik dan Kerajaan.

Kita harus berbangga dengan ada nya orang sperti Azeez , bukan sahaja pandai bercakap, buat duit tetapi pandai menjaga hati orang meayu dan orang islam diduian dengan cara yang tersendiri. Jika kita buat perbandingan diantara KJ keluaran OXford dengan Azeez keluaran SPM Baling , jauh lebih baik dan bergaya Azeez dengan KJ. KJ pandai bercakap berhujah secara ilmiah , kita kagunli , Azeez juga pandai berhujah walaunpun kurang ilimiah tapi logik akal masih boleh diterima

Kita seharus nya melihat dan mempertimbangkan kedudukan beliau dalam kabinet seiring dengan barisan sekarang - KJ Mukhriz , Razali Rahman Dahlan juga beberapa orang lain malah lebih baik jika ada pemimpin muda bersifat ultra dalam mengutarakan hak melayu dalam perlembagaan.

Jika 10 tahun lagi jika Azeez mahu bertanding Naib Presiden UMNO jangan lah dibantah , beri lalunan kepada beliau bersama Mukhriz KJ untuk mempin negara ini.

Mereka ini sudah cukup ramuan untuk membina memaju negara dan yang paling [penting boleh memertahan hak kontrak sosial untuk orang melayu.

Jadi jangan berdengki hati

Anonymous said...

tak mau cerita ka macam mana dia muncul dlm umno dulu?sampai dok tak tok dah pakai Datuk? datuk mai mana??penyamun betoi Azeez nii,,,,

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive