RAPID

Monday, July 7

KERAJAAN SELANGOR ALPA MASALAH RAKYAT YANG PENTING MB BARU ... @KhairyKJ @AzwanBro

Banyak isu melibatkan kesusahan rakyat Selangor kurang diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri. Isu panas sekarang adalah pertukaran Menteri Besar. Namun itu adalah Nafsu Politik bagi pemimpin PKR yang gilakan kuasa untuk mentadbir.

Adakah kerajaan Selangor mengambil berat tentang isu Denggi yang agak membimbangkan sekarang.?

Menurut laporan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi tempoh Januari hingga 28 Jun lepas, Malaysia merekodkan 44,518 kes denggi berbanding 31,660 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu meningkat 12,858 kes dan jumlah korban akibat gigitan maut adalah seramai 82 orang.


Daripada jumlah tersebut,  24, 197 kes dengan 32 kematian direkodkan berlaku di Negeri Selangor. Ini bermakna, Selangor menduduki tangga pertama dan rakyat Selangor berhadapan dengan risiko maut akibat penularan wabak demam denggi.

Menyedari hakikat tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Khairul Azwan Harun selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggerakkan kempen kesedaran mencegah denggi sekitar Taman Tun Dr Ismail, Selangor.

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut terlibat menjayakan program tersebut antaranya 1Malaysia 4 U (1M4U), Najib Razak Club 11 (NRC11) dan Komuniti Taman Tun Dr Ismail.Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

2 comments:

Anonymous said...

Apa hendak di risaukan , rakyat selangor terutama puak cina ,india dan melayu tak sedar diri yang mahu kerajaan standard macam ini jadi terima saja la , awal tahun dulu rakyat selangor di ajar untuk anggkut air macam hidup di negara mundor lepas ini tengok pulak apa bala yang nak ditanggung pula disebabkan mabok kuasa.

Anonymous said...

Kalau dah tahap angkut air tiap2 hari diaorang tak kisah,maka rakyat Selangor ni sebenarnya dah mencapai tahap kesabaran tertinggi d antara semua rakyat Malaysia,syabas rakyat selangor

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive