MKP mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Puteri UMNO Malaysia yang telah turun padang membantu mangsa. Melawat Nur syafiqah mangsa samun yang ditoreh mukanya kelmarin.
Dipos oleh Mas Ermieyati Samsudin.
Menyampaikan sumbangan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia.Untuk Makluman Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia adalah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.Terima kasih Puteri UMNO Kelantan,Puteri Bahagian Pasir Puteh.
Kronologi Kejadian adalah seperti berikut.
Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.
Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.
Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.
Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa yang sedang terbaring di atas lantai.
Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5.
Semasa di dalam bilik itu juga, Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada di luar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.
Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan.
Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik.
Walaubagaimana pun beliau tidak nampak saspek yang masuk ke dalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan juga ambulans.
Nur Shafiqa
Setelah Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.
Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang suspek manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya.
Antara barang yang telah disahkan hilang adalah bsebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5s warna putih.
Saspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai bentuk badan kurus dan kenderaan yang digunakan suspek tidak dilihat.
Semasa kejaidan itu saspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan dan muka saspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap.
5 comments:
Besar kemungkinan berpunca Dari ketagihan dadah, masalah dah makin teruk dikg2. Sampai getah,sawit pun kena curi,skrg getah,sawit tak da harga, mat stim ni melarat kerumah lah. Mana penguatkuasaan?. Kebanyakkan kawasan ITU dikawasan Melayu, UMNO buat APA.Zambry kata zero drug 2015, kita nak tgk berjaya ke tak?Jgn pulak di label pengundi UMNO semua yg kaki stim.
Nama je negeri serambi mekah dan dikatakan diperintah oleh sebuah kerajaan islam. Tetapi kelantan dan masalah moral, memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang pas sdh buat selama lebih 20 tahun bagi meningkatkan syiar islam di kelantan?
perlu ke nak libatkan politik dalam hal ni?cuba kalau family kau kena,kau still nak salahkan pemerintah?bukan pemerintah yang aturkan semua ni,belajar la qada' dan qadar.back to basic,Islam itu mudah.
Hmmmmm....ye la tu..klu org kutuk kena puak hang qada qadar la bagai...cuba klu org kutuk kerajaan bn...berlori lori hang tumpang sekali.
Komen bodod dari org bodoh. Semua nak kait pada parti tu ini. Jenayah xkira tempat dan masala bodo.
Post a Comment