Friday, December 5

Kehidupan Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat difilem @bombaJBPM @bombaJBPM @mpkotabelud


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan mencadangkan agar kehidupan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat difilem atau dipentaskan.

Katanya menerusi platform tersebut akan menambahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pasukan beruniform itu yang mempunyai rekod baik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.


Beliau berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dari segi bantuan peralatan, nasihat dan penerangan prosedur berkaitan cadangan tersebut.

"Kita mengalu-alukan produser yang berminat menerbitkan jalan cerita tentang kehidupan anggota bomba yang sentiasa berdepan dengan cabaran dalam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, di sini Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata sehingga akhir bulan lepas, JBPM merekodkan sebanyak 85,377 panggilan kecemasan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53,038 adalah panggilan kebakaran manakala 32,339 panggilan menyelamat.

Selangor mencatat jumlah panggilan kecemasan tertinggi dengan 14,604 kes, diikuti Johor (11,240) dan Perak (9,963).

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Johor, Datuk Ab Ghani Daud.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive