Dua Kapten Bas Rapid KL termasuk pemandu bas wanita Puan Surahyu Abu Hussein hari ini diberi penghormatan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai Pemandu Bas Berhemah untuk Kempen Ops Selamat 6/2015, yang dijalankan bersempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, Surahyu dan Encik Lee Chan Heng adalah antara 15 penerima anugerah untuk program Pengguna Jalan Raya Berhemah yang meliputi pemandu bas dan kereta serta penunggang motosikal.
Berusia 44 tahun dan mula berkhidmat dengan Rapid Kl sejak bulan Ogos, 2009, Surahyu berbangga untuk mendapat anugerah berkenaan dan berazam akan terus mempertingkatkan mutu kerja beliau demi keselesaan penumpang. “Anugerah ini adalah untuk semua rakan-rakan Kapten Bas Rapid KL.
Pada pandangan saya, sebenarnya ada ramai lagi Kapten Bas yang lebih layak untuk menerima surat penghargaan ini. Apa-apa pun saya gembira untuk menerimanya. Saya harap kejayaan saya dan Lee hari ini akan menguatkan semangat semua Kapten Bas Rapid KL untuk meningkatkan perkhidmatan bas Rapid KL.
“Kami di Rapid KL melakukan satu kerja yang amat mulia. Setiap hari, kami membantu orang ramai menyempurnakan urusan masing-masing – pergi kerja, pergi sekolah, pergi pasar, jumpa saudara mara dan banyak lagi. Secara peribadi, saya amat bangga dengan kerja saya. Saya yakin rakan-rakan lain juga mempunyai perasaan yang sama,” kata ibu kepada tiga anak iniDitugaskan untuk Laluan U46 dan U49 antara Damai Perdana dan Kompleks Kota Raya, Surahyu, bagaimanapun, mengakui bahawa Kapten-kapten Bas Rapid KL menghadapi banyak cabaran getir dalam usaha mereka memberikan perkhidmatan terbaik.
“Masalah terbesar adalah para pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Banyak yang memandu seperi tiada undang-undang – mengubah lorong sesuka hati, memarkir kereta sesuka hati di bahu jalan, berhenti di petak kuning, menggunakan lorong kecemasan dan banyak lagi.
“Akibatnya, keadaan lalu lintas menjadi sesak dan kereta semua susah nak jalan. Apabila bas lambat, kita yang memandu bas menjadi sasaran kemarahan para penumpang. Selalu kena maki hamun … tapi, Kak Su ini sabar. Apa nak buat, kita layan jer lah. Nak jawab tak boleh. Nanti kena tuduh pemandu biadap pulak,” tambah beliau.
Seperti rakan sekerjanya, Surahyu, Lee, 50, yang pernah bertugas dengan Intrakota dan Syarikat Bas Sri Jaya sebelum menyertai Rapid KL pada tahun 2004, juga amat berbangga dengan kerjaya beliau sebagai pemandu bas.
“Kerja sebagai pemandu bas ini, kena banyak sabar. Para penumpang semuanya mahu cepat. Bas mahu cepat. Jalan pun kena cepat. Kalau lambat, dia orang marah. Kadang-kadang dia orang lupa bahawa mereka sendiri kena awal, kalau mahu cepat sampai. Janganlah keluar lambat dari rumah.
“Kita pemandu sentiasa cuba ikut jadual. Tetapi, kadang-kadang, perjalanan terganggu kerana keadaan lalu lintas. Bukan kita orang tidak mahu cepat, kita memandu kena sentiasa ikut peraturan.
“Saya juga amat bangga untuk menerima penghargaan ini. Ini kerja yang baik kerana kita tolong orang. Sebenarnya, banyak pelanggan yang menghargai kita sebagai pemandu bas. Naik bas, dia orang tegur kita dengan baik. Tetapi, ada juga yang suka marah-marah. Ini semua kita perlu hadapi setiap hari,” kata Lee, yang bertugas untuk Laluan U46 antara Pasar Seni Kuala Lumpur dan Taman Seri Muda, Shah Alam.
Diadakan di Lobi Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan PLUS Dato’ Noorizah Abd Hamid, Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan para pegawai tinggi PDRM lain.
Dalam ucapannya, Tan Sri Khalid menyarankan agar semua pengguna jalan raya untuk sentiasa mengamalkan sikap berhemah untuk membantu mengurangkan jumlah kemalangan, yang kini berada di tahap yang tinggi.
“Ops Selamat yang dijalankan oleh PDRM adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna. Tetapi, yang boleh membuat perubahan adalah para pengguna sendiri,” kata beliau.
1 comment:
....
UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
Post a Comment