Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
Wednesday, March 4
@realDrMAZA MOHON JANGAN CEMARKAN...............?
Siapakah ulama? Perkataan ulama adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud orang-orang yang berilmu.
Ulama adalah kata nama jamak (plural) bagi perkataan mufrad (singular) ‘alim. Ulama bermakna orang-orang yang berilmu manakala ‘alim maknsnya seorang yang berilmu.
Ulama adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar sebagai ‘alim kerana merujuk kepada ilmunya. Dari aspek penggunaan semasa istilah ulama adalah secara khusus bermaksud mereka yang berilmu dalam bidang agama Islam.
Ini adalah kerana sebutan perkataan ulama dalam al-Quran dan al-Sunnah merujuk kepada mereka yang mendalami Islam, mengetahui selok belok hukum Islam, menghayatinya dan sangat takut kepada Allah SWT.
Banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kepada golongan ini seperti mana yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar.
Antaranya ialah fuqaha yang merujuk kepada ulama fiqh, mufassirun merujuk kepada ulama tafsir, ahlul kalam merujuk kepada ulama aqidah, usuliyyun merujuk kepada ulama usul fiqh, muhaddithun yang merujuk kepada ulama hadis dan lain-lain lagi, semuanya adalah dianggap sebagai ulama dalam Islam.
Jika ada yang menyatakan bahawa ulama atau alim boleh digelar kepada sesiapa sahaja yang tahu dalam apa sahaja bidang ilmu maka ia adalah berdasarkan makna ulama dari segi bahasa Arab dan bukan merujuk istilah yang digunakan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Kedudukan Ulama Dalam Islam kedudukan ulama adalah dipandang tinggi kerana mereka adalah golongan yang berilmu dan memahami agama dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Para ulama mampu menafsirkan al-Quran dan menterjemahkan al-Hadis agar dapat difahami sebaiknya oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.
Dalam surah al-Zumar ayat 9 Allah SWT berfirman: قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ Maksudnya: ((Katakan (wahai Muhammad): Apakah sama kedudukan orang-orang yang berilmu (jika dibandingkan) dengan orang-orang yang tidak berilmu? Pastinya yang mengambil peringatan ialah golongan yang mempunyai akal)).
Pertanyaan: “Apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?...adalah dalam bentuk soalan penafian (Istifham Istinkar) yang secara jelas jawapannya ialah pasti tidak sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.
Ulama adalah mereka yang memimpin umat agar tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Kedudukan ulama adalah mulia, bukan kerana fizikal mereka tetapi kerana mereka memikul amanah dakwah dan menjadi pewaris kepada para Rasul yang diamanahkan membawa risalah tauhid kepada seluruh umat manusia.
Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi (no: 2682) dan telah disahihkan oleh Syeikh Al-Bani:
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَبتَغِيْ فِيْهِ عِلْمًا ، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ ، وَإِنَّ المَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ وَإِنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِيْ الأرْضِ حتَّى الحِيْتَانُ فِيْ المَاءِ وَفَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ إنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ إنَّ الأنبياءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلَا دِرْهَمًا إنَّمَا وَرَّثُوْا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Barangsiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan membukakan jalan baginya menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang alim itu akan dipohon ampun baginya oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan di dalam air, dan kelebihan seorang alim jika dibandingkan dengan seorang abid (ahli ibadah yang jahil) seumpama perbandingan bulan ke atas segala bintang.
Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan dinar mahupun dirham sebaliknya mereka meninggalkan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil sesuatu yang sangat berharga.”
Ulama dengan ilmu dan kefahaman yang dimiliki menjadikan mereka sangat takut kepada Allah SWT dan mereka sentiasa memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat selari dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Mereka juga bersikap tegas jika berlaku sebarang tindakan yang bercanggah dengan syariat Islam.
Sikap mereka ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Fatir ayat 23: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ Maksudnya: ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah al-Ulama)). Menurut Imam al-Razi dalam tafsirnya (Tafsir al-Kabir) makna ‘al-Khasyyah’ dalam ayat 23 surah Fatir ialah takut menurut kadar apa yang ditakuti. Al-‘Alim pula ialah orang yang mengenal Allah dan takut kepada-Nya serta mengharapkan-Nya (redha Allah SWT).
Ini menunjukkan bahawa ‘alim lebih tinggi kedudukannya daripada seorang ‘abid (ahli ibadah) , kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: ((Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (takutkan Allah SWT)).
Ayat ini menerangkan bahawa kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kepada ketaqwaan dan ketaqwaan pula diukur berdasarkan ilmu (kenal Allah SWT). Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya (al-Jami’ Li ahkam al-Quran: 14/308) menaqalkan riwayat Ali bin Abi Talhah dari Ibnu Abbas bahawa maksud ayat : ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama)) ialah mereka yang tahu bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa.
Al-Rabi’ bin Anas menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak takut kepada Allah bukanlah seorang alim. Mujahid berkata: “Sesungguhnya orang yang alim itu ialah yang takutkan Allah Azza wajalla. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (6/544-545) menjelaskan maksud ayat tersebut ialah orang yang sebenarnya takutkan Allah ialah ulama yang benar-benar mengenali Allah kerana apabila seseorang itu kenal Tuhan Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui juga bersifat dengan segala sifat kesempurnaan maka itulah yang dinamakan sebenarnya ilmu pengetahuan yang sempurna.
Peranan Ulama Jika difahami dari hadis yang menjelaskan bahawa ulama adalah pewaris kepada para Nabi, maka amat jelas tugas mereka ialah memimpin ummah, menyampaikan ilmu, memberikan contoh tauladan yang baik, memberi nasihat dan menegur sebarang tindakan yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT.
Mengenai kepentingan dan peranan ulama Allah SWT menjelaskannya dalam surah al-Taubah ayat 122 :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya: ((Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar berjihad semuanya, hendaklah ada sekumpulan dari mereka yang mendalami ilmu agama agar mereka memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada mereka semoga mereka berawas)).
Imam al-Baghawi menjelaskan bahawa maksud mendalami ilmu agama (al-Tafaqquh) dalam ayat ini ialah mengetahui hukum-hakam agama berasaskan al-Quran dan al-Sunnah (Tafsir al-Baghawi:133).
Ulama adalah tempat rujukan masyarakat samada dalam urusan dunia mahupun akhirat.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 7:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالاً نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: ((Dan tidak Kami utuskan sebelum kamu melainkan lelaki-lelaki (para Rasul) yang kami wahyukan kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui)).
Tugas dan tanggungjawab ulama adalah sangat besar kerana jika diabaikan umat manusia akan berdepan dengan wabak kejahilan dan kesesatan.
Ulama yang lesu dan malas pasti mendapat murka dari Allah SWT, kerana mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka justeru para ulama hendaklah sedar akan peranan mereka dan berada di barisan hadapan memimpin ummah melaksanakan amanah amar makruf nahi mungkar.
Al-Quran telah mengingatkan para ulama bagaimana sikap mendiamkan diri terhadap kemungkaran seperti yang berlaku di kalangan bani Israel telah mengundang murka daripada Allah SWT, firman Nya dalam surah al-Maidah ayat 78:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيل عَلَى لِسَان دَاوُد وَعِيسَى اِبْن مَرْيَم ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَر فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Maksudnya: Telah dilaknat golongan kafir dari kalangan bani Israel di atas lidah Nabi Daud, Isa ibnu Maryam, yang demikian itu adalah kerana maksiat yang mereka kerjakan dan mereka melampaui batas, mereka tidak mencegah kemungkaran yang dilakukan , amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan tentang situasi buruk yang bakal berlaku apabila tiadanya para ulama atau ulama tidak menjadi rujukan di kalangan umat Islam sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rh bahawa Nabi SAW telah bersabda:
إنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ العِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ، حَتىَّ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوْسًا جُهَّالًا، فَسُئِلُوْا، فَأفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوْا .
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari jiwa hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mengangkat ilmu dengan dimatikan para ulama sehingga tiada seorangpun orang alim, manusia mengangkat orang-orang jahil sebagai ketua mereka, maka mereka ditanya lalu mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu, lalu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.
Saranan Ulama jangan diperkecilkan! Dalam konteks masyarakat Islam masakini, para ulama hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan. Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah Taala menjadikan para ulama sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan al-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.
Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulama, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat meraka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulama.
Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulama bermakna semakin jauhlah mereka dari panduan al-Quran dan al-Sunnah.-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? - RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin h...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
March
(13)
- HADI HILANG TARING MAT SABU PULAK MENGGANAS...?
- #TRANSFORMASI Pengangkutan Awam #RAKYATDIDAHULUKAN...
- BILA HUDUD DIPOLITIKKAN!!!! Hadi tidak bermaruah.....
- MENTERI KENA ADA TELOQ...............? @shaberyc
- DEDAHAN HAWAI FIVE-O...............
- SIAPA BOSS SIAPA KULI......? #HUDUD
- SIAPA YANG UNTUNG...................?
- KALAU DAH BANGSAT!!! BANGSAT JUGAK PERILAKUNYA.......
- DUA KAPTEN BAS RAPID KL DAPAT ANUGERAH @PDRMsia @K...
- Totalitarian Nama Baru Buat Ketua Menteri Paling M...
- MEMPERKASAKAN LAGI PENGANGKUTAN AWAM @MyRapidKL @N...
- JANGAN HANYA ANDAI KRITIK 1MDB @ahmadmaslan
- @realDrMAZA MOHON JANGAN CEMARKAN...............?
-
▼
March
(13)
No comments:
Post a Comment