Tuesday, March 24

SIAPA BOSS SIAPA KULI......? #HUDUD


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng terang-terangan mendesak agar PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana menyifatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang tidak bermaruah.

Dalam kenyataanya, pelbagai penghinaan dilemparkan Guan Eng terhadap Hadi yang turut dituduh bekerjasama dengan UMNO.

“Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

“Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau,” kata Guan Eng yang diketahui umum, berkawan baik dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kemelut dalam kepimpinan PR semakin memuncak apabila DAP dengan angkuh mengkritik PAS kerana tetap mahu meneruskan pelaksanaan Hudud di Kelantan walaupun tidak dipersetujui rakan komponen DAP dan PKR.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau hj hadi ada maruah sebagai presiden pas, sebagai seorang islam, sebagai seorang melayu..dia patut sedar apa yg kapit laknatullah guan eng cakap tu. Tapi tak tahu pula kalau dia betul betul tak bermaruah..

Anonymous said...

Bukan saja Presiden PAS tak ada maruah malah keseluruhan pimpinan dan ahli PAS tak de maruah. Nak laksana hudud pun kena minta kebenaran kapir laknat.Setakat ini tidak ada seekor pun pimpinan PAS menempelak si kapir laknat ni. Sebab semua dah terima habuan fulus sebelum ni ke?

Anonymous said...

pemimpin pas dan pengikut mereka bukan tak tahu orang kafir tak akan senang selagi tak ikut telunjuk mereka....tapi nak berkawan dan berpelukan juga....dengan umno rata2 org islam pas dan pengikut jadikan musuh sehingga buat sembahyang hajat hancurkan umno...entah2 ni lakonan pas dan dap...umno kena hati2 tau....jangan seronok...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive