Pemimpin yang amalkan totalitarian tidak akan dapat melihat suara dan keluhan rakyat.
Apabila seorang pemimpin menyebabkan media tidak lagi berani untuk menyiarkan berita negatif, tidak berani untuk memantau atau tidak berani menulis kerana takut dimarah, maka totalitarian telah berlaku.
Di Pulau Pinang, wartawan yang ingin mengaju soalan kepada Ketua Menteri khususnya berkenaan isu yang tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat perlu membuat persediaan untuk dikata-kata, dimarah dan disindir.
Antara `kesalahan’ wartawan yang akan dibangkitkan ialah bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), dilabel sebagai media BN atau diasak sama ada akan menyiarkan berita yang tidak berpihak kepada BN.
Walaupun begitu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menekankan kepentingan kebebasan media dan kepentingan rakyat tidak semestinya akan `berceramah’ kepada wartawan pada setiap masa.
Baru-baru ini terdapat wartawan dari akhbar bahasa Inggeris telah bertanya mengenai gambar sebuah kereta dengan nombor pendaftaran PCM1 yang dikatakan diletak di kawasan larangan. Kereta tersebut dikatakan milik isteri Guan Eng dan Ketua Menteri telah menjawab soalan dengan mesra.
Guan Eng pada masa yang sama bagaimanapun mengekalkan tabiatnya dengan bertanya kenapa media asyik memburuk-buruknya? Kenapa media tidak menyiar berita mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?
Guan Eng juga bertanya sama ada akhbar akan menyiarkan ulasannya mengenai 1MDB?
Bayangkan anda sebagai seorang wartawan dan membuat liputan mengenai seorang pemimpin politik yang mendapat sokongan ramai. Tetapi disebabkan anda bertanya soalan yang dianggap tidak berpihak kepadanya, maka anda dimaki dan disindir. Anda juga dikutuk bersekongkol dengan musuh politiknya. Apakah perasaan anda?
Adakah berita mengenai 1MDB tidak disiarkan? Buka sahaja surat khabar beberapa hari ini. Tidak susah untuk mengesan ulasan pemimpin DAP termasuk Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Guan Eng.
Berita mengenai perhimpunan besar-besaran tidak disiarkan? Isu ini telah dilaporkan. Turut dilaporkan ialah penjelasan Guan Eng mengenai isu berkaitan.
Berita yang tidak berpihak kepada BN. Buka sahaja akhbar dan anda akan terbaca isu kenaikan harga minyak dan rasa tidak puas hati mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Turut disiarkan ialah kenyataan-kenyataan bertulis Guan Eng yang mengkritik BN.
Jika anda berpendapat bahawa isu pemimpin atau pegawai kerajaan rasuah harus dilaporkan, maka orang yang membuat dakwaan berkenaan sila tampil dengan bukti. Dakwaan tanpa disokong dengan bukti adalah fitnah dan perlu disusuli dengan tanggungjawab perundangan.
Tidak seorang pun pemimpin, pegawai atau individu dapat bersabar apabila difitnah terlibat rasuah. Jika orang yang membuat dakwaan itu gagal tampil dengan bukti, bagaimanakah laporan berita berkenaan dapat disiarkan?
Akhbar harus memikul tanggungjawab terhadap masyarakat, individu dan undang-undang. Akhbar bukannya berperanan untuk untuk memuji-muji pemerintah.
2 comments:
Itu kapla kasi sama potong. Baru ada maplei!
Dapigs berbulu dengan dapigs botak sama saja .........tetap dapigs laknat......
Post a Comment