Saturday, April 4

EKSLUSIF VIDEO NAHAS HELIKOPTER


Nahas helikopter : Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara sebelum terhempas
Posted by Matkilaupenang on 4hb April 2015
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih petang Sabtu sentiasa mesra disapa dengan panggilan JJ sahaja.

Difahamkan beliau menumpang helikopter tersebut untuk pulang segera dari Kuantan kerana mahu menghadiri kenduri anak kepada CEO PR1MA Dato' Abdul Mutalib bin Alias.

Sebelum itu beliau menghadiri majlis kenduri anak Perdana Menteri di Pekan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Azlin Alias antara enam mangsa yang terkorban.
Posted by Matkilaupenang on 4hb April 2015
Beberapa pemimpin UMNO Pahang memberitahu tiada perubahan pada JJ sepanjang berada di majlis kenduri berkenaan yakni beberapa jam sebelum nahas.

Beliau berada di Pahang sejak semalam dan menghadiri beberapa majlis lain sebelum itu.

Ahli Parlimen Rompin sejak 1990 sehingga kini dan merupakan Pengerusi PRIMA  pernah menjawat berbagai jawatan dalam kerajaan termasuk Menteri kabinet.

Ingat program menghantar anak Malaysia ke angkasa lepas, ia merupakan sebagai legasi JJ ketika berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi pada tahun 2004 hingga 2008.

Pada 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama meninggalkan bumi dan berada di angkasa lepas.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967.

Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.

Memulakan karier politik dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan.

Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi.

Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004,  JJ dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11.

Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri kelima negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.

Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, JJ dilantik menjadi Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat.

Beliau kemudian dipanggil pulang dan dilantik menjadi Pengerusi Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA yakni projek kesayangan PM yang mahu membina lebih banyak rumah kepada rakyat.

Isteri beliau ialah Datin Sri Dr. Kalsom Ismail dan mempunyai empat cahaya mata.

Ketika berkhidmat sebagai Duta Khas ke Amerika Syarikat beliau berpeluang menemui Presiden Obama dengan memakai baju melayu tradisonal Pahang.

Orangnya mudah mesra dan diketahui rapat dengan Najib yang merupakan mentor politiknya kerana sama-sama berasal dari Pekan Pahang

1 comment:

Anonymous said...

Innalillah wainna ilaihi rojiun

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive