Majlis pelancaran mempekenalkan set tren ini telah diadakan pada awal Januari lalu. Selain meningkatkan kemudahan ketersambungan dan jarak perjalanan, tren baru ini juga memberikan tahap keselesaan dan keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna.
Idea untuk menambahkan jumlah tren di dalam sistem ini akan meningkatkan frekuensi. Ini bermakna tren ini boleh membawa lebih penumpang dan penambahan tren bermakna waktu menunggu di stesen juga semakin singkat.
Tren pertama ini akan mula beroperasi pada Jun ini. Kita akan tambah tren daripada semasa ke semasa dan kesemua 14 tren ini akan mula beroperasi di Laluan Kelana Jaya pada Jun tahun depan.
Berbeza dengan tren LRT laluan Kelana Jaya yang digunakan sekarang, tren baru ini dilengkapi empat kamera litar tertutup di setiap gerabak.
Malah, setiap gerabak juga dipasang dengan kemudahan sistem informasi penumpang, iaitu kemudahan infortainment untuk hiburan dan maklumat kepada para penumpang.
Direka, dibangunkan dan diuji di Bombardier's Centre of Competence for Mass Transit System di Kingston, Kanada, tren pertama model INNOVIA Metro 300 ini sampai di Malaysia pada 18 Disember tahu lalu selepas lebih dua bulan perjalanan melalui laut.
Tren-tren ini dihantar ke Malaysia secara berperingkat dengan tren kedua dijadual tiba akhir bulan depan. Tren ke 14 dan yang terakhir akan dihantar dari Kanada pada Mac tahun depan.
1 comment:
Malaysia semakin maju. Nyalakan anjing2 pemakan dedak pembangkang semakin sumbang!
Post a Comment