RAPID

Tuesday, September 27

#Formula12016 Bersama @MyRapidKL Konsert #Usher @AzmiAziz60


Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas pengantara kepada para peminat perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Sepang bermula Jumaat hingga tengah malam Ahad ini.

Orang ramai boleh menikmati perjalanan yang mudah bagi menyaksikan dua acara, termasuk konsert Usher, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan perkhidmatan RapidKL.

Ketua Pegawai Operasi untuk perkhidmatan bas Rapid KL, Mohd Azam Omar berkata, pihaknya akan menyediakan bilangan bas yang mencukupi untuk menampung peminat Formula 1 dan juga peminat Usher.


"Perkhidmatan bas Rapid KL yang terhubung dengan rangkaian LRT dan Monorel, peminat sebenarnya boleh menggunakan perkhidmatan awam secara menyeluruh dari rumah mereka untuk ke Litar Antarabangsa Sepang," katanya.


Tambah beliau, bas pengantara RapidKL akan memulakan operasi seawal jam 8 pagi pada Jumaat dari dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu di KL Sentral dan KLCC serta dari terminal klia2 selain menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma di sekitar litar untuk memudahkan peminat bergerak ke tempat duduk masing-masing.

"Perkhidmatan bas dari Litar Sepang untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan klia2 akan bermula dari pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

"Untuk Ahad, perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 22:30 malam untuk menampung mereka yang menghadiri konsert Usher itu," ujarnya.

Tiket bas ditetapkan pada harga RM35 untuk perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral manakala tambang RM20 untuk perjalanan sehala, manakala tiket dari dan ke klia2 ditawarkan pada harga RM12 sahaja.

Orang ramai boleh membeli tiket bas di kios khas di KLCC, KL Sentral, klia2 dan di Litar Sepang.

Mereka juga boleh membuat pra-pembelian tiket di stesen LRT Putra Heights, KLCC dan KL Sentral.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive