Wednesday, September 21

Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN

Bagi peminat cerita politik kedai kopi, semua maklum Mahathir Mohamad memang sanggup buat apa sahaja demi ‘guling’ kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asalnya cuba ‘jaja’ isu konon 1MDB korup, berkempen calon pembangkang ketika pilihan raya kecil, Deklarasi Rakyat, tubuh parti sendiri hinggalah jumpa Yang di-Pertuan Agong yang mulanya didakwa dikurung dalam rumah.


Hal ini ramai yang tahu… tetapi siapa sangka kali ini boleh keluar daripada mulut bekas orang kuat DAP sendiri, Hew Kuan Yau, yang menjelaskan kenapa Lim Kit Siang bekerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan BN.

Video sensasi si otai daripada parti berlogo roket ini yang secara terbuka mendakwa Kit Siang sendiri sengaja menggunakan Mahathir untuk menggulingkan perdana menteri mendapat perhatian netizen malah ramai terkejut!

Kuan Yau, yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ kerana gemar memakai baju-T dengan logo adiwira tersebut menggunakan ungkapan ‘qi ma sa ji’.

Ia bawa maksud ‘tunggang kuda untuk bunuh ayam’. Kuan Yau mendakwa Kit Siang telah berjaya menggunakan Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia bagi agenda kempen DAP, Selamatkan Malaysia.

“Kami guna Mahathir untuk bunuh ayam,” katanya dalam klip video berdurasi 43 saat itu, sambil mendakwa penasihat DAP itu telah mencari pelbagai cara untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ sejak sekian lama tetapi gagal.

“Kami (DAP) menyelamatkan Mahathir dan kami telah mempergunakan beliau sebagai alat demi mengalahkan Najib. Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya.

Namun, tidak jelas mesej itu sebenarnya ditujukan kepada siapa. Kuan Yau, Ketua DAP Teluk Intan mengumumkan keluar parti pada Julai lalu dengan menyatakan bahawa langkah itu konon adalah untuk ‘gambaran besar’ DAP.

Kelakarnya, beliau berkata, musuh politik DAP telah menggunakan dirinya sebagai alasan untuk menyerang parti, sambil menambah kata-kata beliau telah diputar belit oleh ‘cybertrooper’ BN pula.

1 comment:

Anonymous said...

Kesian mahdey...
Apa dirancang mcm tak menjadi...
Dia pulak menjadi tunggangan...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive