Sunday, October 15

Acara Kebudayaan Di Empat Stesen Sempena Deepavali @MyRapidKL


RapidKL mengambil peluang menghiasi empat stesen transit aliran ringan (LRT) dengan lukisan kolam bagi menyemarakkan pesta cahaya, Deepavali sehingga Rabu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, stesen LRT yang terlibat adalah KL Sentral, Hang Tuah, Sentul dan Pasar Seni yang dilaksanakan secara bergilir-gilir.

“Aktiviti yang dilakukan ini adalah bagi menggambarkan kepelbagaian budaya dan juga latar belakang masyarakat Malaysia yang penuh warna warni tetapi sentiasa bersatu padu.

“RapidKL tidak pernah ketinggalan untuk menyambut perayaan utama sebagai penghargaan kepada pengguna pengangkutan awam di negara ini, katanya.


Selain acara kebudayaan, 'kolam' unik yang dihasilkan oleh pelukis Malaysia yang terkenal, Ruby Subramaniam juga menghiasi di keempat-empat stesen tersebut.

Kempen itu bermula di KL Sentral hari ini dan penumpang boleh menyertai acara yang berlangsung di keempat-empat stesen tersebut pada masa dan tarikh berikut; 15 Okt di stesen LRT Hang Tuah, stesen LRT Sentul (17 Okt) dan stesen MRT Pasar Seni (18 Okt), semua bermula pada 11 pagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive