exponegaraku

Wednesday, October 11

Prasarana Umum Khidmat RapidFerry Bulan Depan


Prasarana Malaysia Bhd akan mengumumkan secara rasmi pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang pada November susulan rundingan yang dijalankan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata pengambilalihan itu sedang melalui proses pemindahan pemilikan daripada dua pihak.

“Kami menjangkakan proses itu selesai tidak lama lagi sebelum melancarkan perkhidmatan awalnya yang dikenali sebagai RapidFerry pada November,” katanya

Perkhidmatan feri itu kini diurus oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan diswastakan kepada Seaport Terminal Sdn Bhd, yang melaporkan kerugian tahunan lebih RM21 juta.

Azmi membuat pemeriksaan ke atas perkhidmatan feri itu malam tadi dan berkata secara rasminya, kumpulan itu belum mengambil alih perkhidmatan itu, namun sudah menerima kelulusan daripada kerajaan persekutuan untuk berbuat demikian.

Beliau juga berkata kumpulan itu sudah mula menaik taraf perkhidmatan feri dengan mengkaji bilangan kapal yang beroperasi, keselamatan penumpang dan menaik taraf persekitaran untuk pejalan kaki.

“Kami tidak menunggu, sebaliknya mula menjalankan kerja-kerja asas. Selepas pengumuman pengambilalihan secara rasmi, perkhidmatan feri akan diurus oleh anak syarikat kami, RapidFerry Sdn Bhd,” katanya.

Azmi berkata feri Pulau Pinang merupakan kaedah pengangkutan unik, dan kumpulan itu akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkannya bagi menarik penumpang.

“Ia juga merupakan ikon nasional dengan para pelancong mendapat peluang untuk memperoleh pengalaman menggunakan perkhidmatan itu, dan matlamat utama kami untuk meningkatkan jumlah penumpang,” katanya.

Azmi juga berkata kumpulan itu merancang mengintegrasikan perkhidmatan feri dengan hab pengangkutan Penang Sentral, di samping kereta api dan perkhidmatan bas Rapid untuk mewujudkan persekitaran lebih selesa kepada penumpang.

Feri Pulau Pinang, yang menyediakan perkhidmatan menghubungkan bahagian pulau dari George Town (Pengkalan Raja Tun Uda) ke tanah besar di Butterworth (Pengkalan Sultan Abdul Halim) merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia yang beroperasi sejak 1894.

1 comment:

Muhammad Razif Sidek said...

Sejak 1985, berikutan pembukaan Jambatan Pulau Pinang, perkhidmatan feri dilaporkan mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM700 bagi setiap
????.. Ayat tidak habis admin

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive