Showing posts with label MASUK UMNO. Show all posts
Showing posts with label MASUK UMNO. Show all posts

Sunday, April 1

ADA LAGI RAKYAT MALAYSIA MENJADI AHLI UMNO JIKA MACAM NIE?



Salah siapa,sampai macam nie depa buat dekat bendera UMNO.Siap berjudi pulak dengan sabung ayam....Kalau gambaq sabung ayam nie dekat KL mungkin tak ada tapi rasanya kalau kt Kelantan tue mungkin jugak?Nampak gayanya lepasPRU 13, MKP kena tutup kedai la.................

Yang nie pulak apa cerita derrrr?

Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamed hari ini menyerahkan borang menyertai Umno menerusi cawangan Penampang.

Borang keanggotaan penjaga gawang skuad bola sepak Sabah itu diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan Umno negeri, Senator Datuk Kadzim Yahya di Bangunan Umno di sini.

Khairul berkata, beliau memilih untuk mengikut jejak langkah arwah ayahnya Datuk Dr Mohamed Taib yang merupakan Anggota Parlimen Kuantan yang pertama
sekitar lewat tahun 60-an, bagi meneruskan perjuangan dalam Umno.

"Saya sebenarnya sudah lama mahu menyertai Umno tetapi masa tidak mengizinkan kerana saya begitu aktif dalam sukan bola sepak. Hanya apabila saya 'pencen' barulah saya mengambil keputusan untuk menyertai Umno," katanya selepas majlis penyerahan borang keanggotaan itu.

Sementara itu, Kadzim berkata, kemasukan bekas bintang bola sepak kebangsaan itu menunjukkan bahawa Umno kini diterima oleh semua pihak termasuk ahli sukan dan berharap lebih ramai lagi ahli sukan negeri menyertai Umno.

Beliau berkata, setakat 31 Disember lepas, Umno Sabah mempunyai 496,500 anggota, sekali gus menunjukkan Umno kini semakin kukuh di negeri itu.

MKP Ayat Sempoi ;Sempena Aprilfool nie tak salah kot pekena orang umno sekali-sekala....

Saturday, January 28

VIDEO PANAS : HARRDORE PAS FELDA TELOI TIMUR MASUK UMNO.


Nampak sangat yang puak - puak Parti Angguk Saja tu sekarang ni berada dalam keadaan yang cukup genting. Semuanya bukan salah perjuangan dan dasar parti tu.

Tinggal lagi, diorang ni terlalu percayakan kata - kata Si Ketua Penipu dan juga konco - konconya yang sememangnya TAMAK dan GILA KUASA.

Punya kemaruk nak jadi Perdana Menteri, sanggup mereka lakukan apa sahaja. Malah sampai sanggup menghalalkan Si Peliwat ni untuk jadi Khalifah mereka.

Itu pun diorang masih nak nafikan lagi. Masih lagi diorang nak tipu rakyat dengan mengatakan yang PAS tidak terkesan isu pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali.

Pun diorang nak kata yang isu tu hanya memberikan kesan yang kecil? Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam diorang. 

Diorang pecat Dr. Hassan Ali pun bukan sebab nak menegakkan syiar Islam. Sebaliknya, mereka pecat sebab Hassan Ali tak sokong Si Peliwat serta perjuangan dia yang KOTOR!!! Kalau dah Haram tu, Haram la jugak!!! Jangan suka - suka kata Halal pulak!!!


Baca MKP dedahkan sebelum ini KLIK DISINI

Friday, January 27

200 Ahli PAS Tegar Felda Teloi Timur Masuk UMNO.

Sebentar tadi berlangsung majlis penyerahan borang kemasukan ahli tegar PAS seramai 200 orang yang telah menyertai parti itu selama 18tahun telah insaf kerana PAS tidak lagi mampu mendukung perjuangan demi memertabatkan Islam sebagai teras perjuangan.Ahli Parlimen langsung tidak mengambil tahu hal ehwal rakyat sekitar Parlimen Sik ini. Ahli Parlimen tersebut Che Uda.Apa kejadah punya MP sampai tak turun kawasan,Bila nak undi baru balik kawasan.Kebetulan ini melibatkan Peneroka Felda Teloi Timur,Sik Kedah. dan pastinya Mazlan Aliman menangis dengan berita ini.

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.

Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada dibiarkan.


Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka. Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive