Showing posts with label aman kampus. Show all posts
Showing posts with label aman kampus. Show all posts

Tuesday, April 3

#AMANKAMPUS APA ADA KT USM NIE?

Video sempoi dari kumpulan mamu raja lawak,depa nie boleh buat macam-macam lawak yang paling best tue adegan bawak batu nesan,Sapa kena perli nie sudah tentu geng mahasewel tahap gaban si Adam Adli...Kemaruk nak glamour sampai macam tue sekali perangai haram jadah tue......Rugi malaysia kalau ada macam nie mahasiswa.Lebih banyak mudarat dari kebaikan kepada golongan mahasiswa.Rasanya banyak mahasiswa yang lebih baguih dari Adam Adli nie....... 



Ikuti bicara YDP MPP USM Saudara Idzuan Jamal yang memberi sedikit komen mengenai tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak serta komen dari mahasiswi berbangsa cina yang turut menyertai program jelajah Aman Kampus.


Saturday, March 31

#AmanKampus : YDP MPP #UUM Amir Izzuddin 'Bengang' Kerana #PRKampus Dilewatkan? @KhaledNordin @razaliibrahim

Sebaik tiba di kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah - program JelajahAMAN KAMPUS Fasa ke-2 dimulakan dengan program kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusnaidi Sobri dari Pusat Islam UUM.



Reaksi YDP MPP UUM terhadap program Aman Kampus ASPIRASI MAHASISWA Fasa kedua yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Siri jelajah yang memasuki fasa kedua ini diadakan bertujuan mendapatkan respon serta masalah yang dialami oleh mahasiswa IPTA sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Thursday, March 29

ADAM ADLI MENGAMUK PULAK KERANA VIDEO OMBAK RINDU BERSAMA ANWAR?

Adam Adli bersama Mentor Kunyit akan menyerang utara,Depa nie apahal pulak nak serang kat Kedah,Perlis dan Pulau Pinang pulak nie.biaq betul MKP buat cerita merepek pepagi buta nie.Rasanya ada kesilapan teknikal dan mental berlaku,mungkin diwaktu begini tahap kesyahduan tetiba muncul apa kata kita layan video nie dulu lepas tue baru sambung cerita seterusnya,



ini baru cerita yang betul, Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.

Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK

Tuesday, February 14

Live #AmanKampus Pentas Anak Muda Pulau Pinang.

MKP meembuat liputan khas sempena kehadiran Aman Kampus di Pulau Pinang.

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) bersama 19 NGO lain hari ini memulakan Jelajah Aman Kampus, Kembara Mahasiswa ke seluruh negara termasuk di 25 institusi pengajian tinggi sebahagi sebahagian usaha untuk mengumpul maklum balas bagi diserahkan kepada Perdana Menteri.

Selain itu, Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut sebagai langkah penerangan kepada mahasiswa seluruh negara supaya golongan tersebut tidak terpengaruh dengan dakyah serta penipuan pihak yang cuba memutarbelitkan pemikiran mereka.

Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa depan.

Monday, February 13

ADAM ADLI LARI TERKUCIR!!!GAMBAQ TERBARU.


11 February 2012 boleh dianggap igauan ngeri bagi geng Adam Adli dan rakan-rakan setelah ceramah yang dianjurkan oleh PKR Klang dan KAMI ditentang oleh anak-anak muda tempatan itu sendiri. Seawal 8 malam, terdapat ratusan anak muda telah berkumpul di dewan serbaguna Kg Idaman untuk membantah ceramah itu daripada diteruskan. Provokasi dari pihak PKR telah membuatkan penduduk kampung berang dan bertindak mennyelerakkan kerusi yang telah disusun. Tidak cukup dengan itu, sekali lagi provokasi pihak PKR menggunakan sistem pembesar suara membuatkan kemarahan penduduk semakin membuak-buak. Sistem audio ditutup sebagai tanda bahawa penduduk Kg Idaman benar-benar menolak kehadiran Adam Adli. Ketika itu, 3 anak muda tempatan telah ditahan oleh pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut. Mereka telah dibawa ke balai polis Pandamaran untuk diambil keterangan.


Itu kisah Adam Adli dihalau oleh penduduk kampung dek kerana perbuatannya,Ini pulak cerita Aman Kampus telah menjelajah ke Kelantan Pulak dan kini mereka dalam perjalanan ke Perak pulak tak dengaq pulak cerita kena halau akan tetapi diraikan oleh segenap lapisan masyarakat.


Selepas majlis pelancaran Aman Kampus peringkat negeri Terengganu dilancarkan di SMK Tok Jiring tengahari semalam oleh Dato' Hj Mohd Nasir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, konvoi menyusuri keindahan pantai Setiu dan Besut menuju ke destinasi seterusnya - Kelantan Darul Naim (negeri kelahiran gua!) 

Kira-kira jam 5 petang, Kembara Aman Kampus tiba di bandar yang cuma dipisahkan dari Thailand oleh Sungai Golok, bandar Rantau Panjang. Di sana mahasiswa2 disambut mesra oleh wakil penduduk! 

Di Rantau Panjang, mahasiswa2 mengadakan program INFO SISWA - memberi penerangan dan mendapatkan respon dari penduduk tempatan berkaitan isu mahasiswa dan nasional. Respon yang diterima sangat membanggakan. 

Program INFO SISWA diadakan di hampir kesemua bandar2 yang disinggahi dalam Kembara Aman Kampus. 

Selepas sejam di Rantau Panjang, konvoi bergerak ke Pondok Moden Jeli untuk majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Jeli & juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapha Mohammed. Mahasiswa2 bermalam di sana. 

Pagi ini adalah HARI KE-LAPAN Kembara Aman Kampus. Mahasiswa2 dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan pertama mengadakan program IKON SISWA di SMK Bukit Bunga dan satu lagi kumpulan mengadakan program Info Siswa di sekitar bandar Jeli. 

Tengahari nanti Kembara Aman Kampus akan bertolak ke Perak melalui Lebuhraya Timur-Barat. 


Saturday, February 11

VIDEO #AmanKampus :Hargai IbuBapa Ketika Masih Ada?


Ini yang harus diterapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.Buat Semua rakan-rakan sebarkan jika anda mengenali anak kepada Makcik yang tinggal dirumah orang tua ini.Kerjasama anda amat MKP hargai.buat semua  yang masih mempunyai Ibubapa hargailah mereka ketika mereka masih ada.MKP terasa dengan apa yang disampaikan kerana kehilangan Bapa tercinta tahun lepas.Sesungguhnya apabila kita kehilangan sesuatu barulah kita sedar akan nikmatnya.
AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABAH.

Wednesday, February 8

Adam Adli Megamuk Kerana #AmanKampus.


Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?

Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki ‘lembut’, ‘lembut’ sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.

Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.RT

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menasihatkan pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim mengikut prosedur jika mahu mengemukakan rayuan dan tidak menggesa pusat pengajian tinggi itu menarik balik hukuman penggantungan tiga semester yang dikenakan ke atasnya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Upsi, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, walaupun Adam Adli mempunyai hak untuk merayu, kenyataan media supaya universiti menarik balik hukuman dikenakan tidak menepati prosedur.
“Dia perlu buat rayuan supaya hukuman itu dikurangkan dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) akan meneliti rayuan sebelum memutuskan sama ada ia boleh dikurangkan atau dia terlepas daripada menerima hukuman.
“Tiada satu badan pun berkuasa untuk menarik balik hukuman yang dikenakan oleh universiti atau membatalkan hukuman yang dikenakan terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian....

Monday, February 6

Konvoi #AmanKampus Dilancarkan.



Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) bersama 19 NGO lain hari ini memulakan Jelajah Aman Kampus, Kembara Mahasiswa ke seluruh negara termasuk di 25 institusi pengajian tinggi sebahagi sebahagian usaha untuk mengumpul maklum balas bagi diserahkan kepada Perdana Menteri.
Selain itu, Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut sebagai langkah penerangan kepada mahasiswa seluruh negara supaya golongan tersebut tidak terpengaruh dengan dakyah serta penipuan pihak yang cuba memutarbelitkan pemikiran mereka.
“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa akan depan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Konvoi Aman kampus, Jelajah Mahasiswa di Dataran Putra, Putrajaya pagi Sabtu.
Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan konvoi tersebut dalam satu majlis ringkas yang turut disertai oleh Pengerusi Majlis Belia Putrajaya Tun Faizai Aziz.
Menurut Mohd Shahar, program tersebut bermula 6 sehingga 19 Febuari melibatkan jelajah 20 kereta dan empat bas ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
"Untuk Sabah dan Sarawak kita akan adalah live telecast dengan mahasiswa di sana, kita akan kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang diperolehi dan akan serahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum beliau menemui mahasiswa dalam satu perhimpunan khas pada Mac nanti," kata beliau.
Program anjuran Aspirasi ini turut mendapat sokongan daripada berbagai NGO termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Gagasan Pelajar India 1Malaysia.
Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.
Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.
Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.agendadaily.

Sunday, February 5

Pelancaran Aman Kampus 6 Feb.





Program Aman Kampus| 6-19 Februari 2012

Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:
1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami
secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan
3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan
4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.


Jelajah ke 14 buah negeri



3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah
1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi
2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri
3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.

Sumber : Mahasiswa Utara

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive