Thursday, March 29

ADAM ADLI MENGAMUK PULAK KERANA VIDEO OMBAK RINDU BERSAMA ANWAR?

Adam Adli bersama Mentor Kunyit akan menyerang utara,Depa nie apahal pulak nak serang kat Kedah,Perlis dan Pulau Pinang pulak nie.biaq betul MKP buat cerita merepek pepagi buta nie.Rasanya ada kesilapan teknikal dan mental berlaku,mungkin diwaktu begini tahap kesyahduan tetiba muncul apa kata kita layan video nie dulu lepas tue baru sambung cerita seterusnya,



ini baru cerita yang betul, Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.

Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive