Monday, March 12

Mazlan Aliman Dihalang Masuk Sabah.



Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dihalang daripada memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Beliau ketika dihubungi AntaraPos.com memaklumkan tiada alasan yang diberikan pihak imigresen sebaliknya hanya diberitahu ia adalah arahan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

"Timbalan Ketua Penolong Pengarah sendiri yang menandatangani Notis Penolakan Masuk dibawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.

Saya kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan dan kemudiannya diiring menaiki kapal terbang Air Asia kira- kira jam 11 malam," jelas Mazlan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Beliau percaya tindakan menghalangnya memasuki negeri itu berkait rapat dengan komitmennya menggerak dan menyedarkan rakyat Sabah bersabit pemilikan tanah dinegeri itu.

"Ada satu kebangkitan baru dikalangan ketua suku kaum di negeri Sabah yang mula bergabung untuk menentang kerajaan negeri. Penentangan itu sudah wujud sejak dari dulu tetapi kali ini lebih tersusun. 

"Demonstrasi- demonstrasi keci- kecilan sudah mula berlaku dan ini mewujudkan rasa takut kerajaan negeri," kata Mazlan.

Mazlan memberitahu sejumlah 1000 orang rakyat Sabah berkumpul dihadapan Pejabat Ketua Menteri pagi tadi bagi menyerahkan dua memorandum kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman.
 
Namun, memorandum itu gagal diserahkan apabila Musa Aman enggan menerimanya. 

Memorandum pertama adalah membantah tindakan kerajaan negeri merampas tanah rakyat sewenang- wenangnya termasuklah tanah adat orang asal. Manakala memorandum kedua pula diberikan oleh ANAK bagi memohon agar kerajaan negeri tidak menandatangani pajakan 99 tahun tanah di Sabah dengan Felda Global Venture.

Mazlan berkata, beliau dimaklumkan 'Himpunan 123 Bangkit' itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuklah polis dan polis simpanan persekutuan (FRU).

MKP Ayat Sempoi : Eloklah kena halau pasal selalu dok buat fitnah.....

1 comment:

JOMO MALAYA said...

linkkan blog gua bro... pendekarawang1.blogspot.com (JOMO MALAYA)

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive