Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang mencabar Lim Guan Eng DAP menyaman beliau tentang isu tapak masjid di Bayan Mutiara.
Sebelum ini, Ir Shaik Hussein telah mendedahkan bahawa tapak masjid telah diluluskan sebelum Lim Guan Eng DAP menjual Bayan Mutiara kepada Ivory Properties.
Beliau mahukan penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang itu tetapi Guan Eng tidak menjawab sebaliknya bercadang untuk menyaman Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.
Dek kerana sikap kroni tegar Kit Siang itu, Ir Shaik Hussein mencabar beliau menyaman Ketua Pemuda itu. Bukan itu sahaja, Shaik Hussein mencabar Guan Eng supaya menyaman beliau tentang 5 lagi soalan yang dibangkitkan sebelum ini.
Kita perlu faham bahawa skandal ini menjangkaui perbezaan ideologi politik kerana ianya melibatkan hak rakyat Pulau Pinang dan orang Islam. Dan perkara ini sangat serius kerana ianya melibatkan agama.
Adalah tidak masuk akal jika ada orang Islam yang akan menyokong Lim Guan Eng DAP jika skandal ini tidak dijawab dengan telus. Begitu juga hak rakyat yang lain sama ada Melayu, Cina dan India yang juga ingin tahu status tapak sekolah di Bayan Mutiara.
Persoalannya, apakah Lim Guan Eng berani menyahut cabaran ini?
No comments:
Post a Comment