BMW iX3 ‘Neue Klasse’ Diumumkan Dengan Jarak 805KM WLTP, Pengecasan 10-80%
Dalam Masa 20 Minit
-
Salah satu perkara yang sentiasa dititikberatkan untuk kenderaan elektrik
adalah jarak dan juga masa pengecasan. BMW yang merupakan salah satu
pelopor kend...
Showing posts with label .penang.Pemuda umno. Show all posts
Showing posts with label .penang.Pemuda umno. Show all posts
Friday, December 5
KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG KANTOI..............?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap fitnah jahat Pemuda UMNO yang menuduh Persiaran Gurney akan ditukar nama kepada Persiaran Chin Peng, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Perkara mengenai pertukaran nama langsung tidak pernah wujud. Persiaran Gurney tetap dengan nama Persiaran Gurney.
“Mana dia dapat maklumat seperti ini? Kononnya dari Pejabat Ketua Menteri, sedangkan saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kata ada sumber dari pejabat saya?
“Ini adalah tuduhan jahat dan kerajaan negeri mengutuk penipuan seperti ini.
“Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno khususnya Rafizal (Ketua Pemuda Pulau Pinang) kerana sengaja menimbulkan kebencian kaum,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan..
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim baru-baru ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang bercadang menukar nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa Persiaran Gurney di sini akan kekal dengan nama berkenaan dan kerajaan negeri tidak pernah bercadang menukarnya kepada Persiaran Chin Peng.
Lim menyifatkan tuduhan kononnya nama jalan berkenaan akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai satu fitnah dan cubaan untuk menimbulkan kebencian kaum.
Tuduhan itu dibuat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.
“Kita nak tanya Rafizal mana ada sumber pejabat ketua menteri yang berikan maklumat sedemikian. Saya cabar beliau nyatakan siapa sumber itu. Kalau ketua menteri pun tak tahu (mengenai pertukaran nama) macam mana boleh ada sumber daripada pejabat ketua menteri.
“Perkara ini memang tidak wujud langsung. Persiaran Gurney akan kekal menjadi Persiaran Gurney. Kita rasa ini (dakwaan berkenaan) sudah lebih.
“Nak timbulkan kebencian terhadap kerajaan negeri, mengancam dan mengugut, saya rasa itu sudah lebih,” kata Lim pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno Pulau Pinang dan Rafizal esok kerana membuat tuduhan jahat berkenaan.
Semalam, Rafizal mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Rafizal dalam sidang akhbar berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.
Lim berkata tindakan itu juga adalah cubaan Umno untuk mengalih perhatian rakyat terhadap ucapan Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada Perhimpunan Agung Umno Jumaat lepas.
Mohd Zaidi mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)’ di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.
“Perbuatan jenayah ini saya rasa nak alih perhatian daripada masalah yang dihadapi oleh Umno sekarang,” katanya.
Sementara itu, Lim berharap polis dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan operasi bersama bagi menangani isu penjaga tempat letak kereta haram yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam bagi mengutip wang.
“Pada 1 Dis lepas, seorang lelaki dipukul dengan helmet oleh penjaga tempat letak kereta haram kerana tidak membayar wang parkir. Lelaki itu tak mahu bayar sebab tempat letak kereta itu percuma,” tegasnya.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Theam Ah Soo, 52, dipukul dengan helmet sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengakibatkan mata dan dadanya cedera selepas enggan membayar wang kepadanya.
Kereta itu diparkir di kawasan tempat letak kereta percuma milik Perbadanan Bukit Bendera di Air Itam.
Tuesday, May 14
TAHNIAH KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG BAKAL BERGELAR "SENATOR"
Tahniah MKP ucapkan pada Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang. Berita yang MKP terima ini bakal mengejutkan semua pihak!!! Ya betul ianya adalah sumber yang boleh dipercayai. Jika tiada angin takkan pokok bergoyang. Syabas Ir Dr Sheik Hussin bin Mydin.
Jawatan sebagai "Senator" yang bakal digalas oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini adalah penting bagi anak muda Pulau Pinang. Bagi MKP Saudara Sheik adalah calon yang tepat dan berwibawa menggalas tugas sebagai suara anak muda Pulau Pinang.
Jika dilantik Pemimpin lain mungkin bakal mengundang malapetaka kerana Guan Eng hanya takut pada orang yang berhujah dengan fakta dan tegas disetiap tingkah-lakunya. Ianya adalah penting dan bakal mengubah senario politik terutamanya UMNO Pulau Pinang..
Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu. Apa yang dijangka, iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku. Seterusnya, percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga, seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing.
Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia.
Bayangkan saja, yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen.
Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri.
Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah mereka-mereka yang berguling-guling melompat berjihad mendesak penggunaannya.
Yang menuduh SPR menipu itu adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing.
Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang hak kebebasan bersuara.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta bantuan asing, merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional. Kononnya kerajaan BN yang telah 2 kali bertukar Perdana Menteri ini kejam, zalim dan tidak adil sejak dahulu sehinggalah ke PRU-13 ini. BN kononnya terlalu berkuasa untuk menentukan segala-galanya termasuk keputusan mahkamah dan juga keputusan Pilihanraya.
Tetapi, BN telah melalui pertandingan yang sengit di mana parti ini ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dan kalah di 3 negeri. Malah, yang menyeru bantuan asing konon dizalimi BN itu juga bukannya berada di penjara, tetapi lepas bebas bagai unggas rimba. Maka, tidak hairanlah tiada pihak asing yang melayan karenahnya.
Jika dilihat dari satu segi, yang kalah hanyalah BN, bukan UMNO. Ini kerana kerusi UMNO meningkat dari 79 pada 2008, kepada 88 dalam PRU kali ini. Namun, apakah ini bermakna bahawa UMNO sudah boleh mengambil sikap selesa? Apakah ini bermakna rakyat sudah memaafkan UMNO?
Hakikatnya, Melayu yang dahulunya mewakili pengundi senyap, pengundi atas pagar dan pengundi yang marah kepada UMNO telah turun beramai-ramai dalam PRU-13 ini untuk mengundi UMNO kerana tidak sanggup membiarkan negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Mereka ini mungkin memaafkan UMNO, tetapi mereka tidak pernah lupa apa yang membuatkan mereka marah kepada UMNO.
Dengan itu, mereka mengundi UMNO dengan harapan setinggi langit bahawa UMNO di bawah mandat baru ini akan mengambil langkah yang tepat dalam menangani segala kesilapan sebelum ini. Sedangkan secara dasarnya mereka masih ragu-ragu apakah UMNO faham apa yang mereka marah itu.
Walaupun mereka yakin dengan keikhlasan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kerosakan tetapi mereka masih tidak yakin yang ia mampu dilakukan sekiranya tiada perubahan besar yang dapat dilihat dengan segera.
Oleh itu, UMNO wajar bertanya, apa yang mereka inginkan di sebalik pertanyaan ‘apa yang Cina inginkan’?
Rakyat hanya ingin melihat ‘tindakan’. Rakyat rimas melihat bagaimana perosak negara dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan. Kenyataan demi kenyataan berkenaan siasatan dan amaran sudah terlalu amat menjengkelkan. Rakyat dahagakan tindakan atau aksi yang berkesan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara punca masyarakat Cina menjadi bosan sehingga akhirnya melihatnya sebagai tanda ‘kelemahan kerajaan’.
Secara umumnya, rakyat tahu siapa perosak, siapa pembodek, siapa perasuah, siapa bodoh dan siapa yang bijak. Namun, rakyat tidak mampu menyampaikan suara mereka ke atas. Justeru, harapan rakyat amatlah tinggi agar kepimpinan mengambil sepenuh masa untuk benar-benar menilai mereka yang berada di sekelilingnya.
Yang tampak bijak dan berkarisma, fasih berbahasa Inggeris lulusan luar negara, belum tentu bijaknya.
Yang tampak professional itu kadangkala hanyalah pada gaya, sedang hatinya membawa agenda lain yang tidak selari dengan aspirasi negara.
Yang tampak bersih dan amanah, memuji dan menyokong mungkin hanya membodek tetapi tidak tahu apa-apa.
Yang tampak malu-malu, jarang membantah dan sering mengangguk mungkin jauh lebih bijak cuma tiada karisma atau mungkin juga memang tidak berguna.
Ingatlah, rakyat tahu bahawa UMNO bukanlah sempurna tetapi rakyat dari kaum Melayu tetap memilih UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang masih rasional, yang mempunyai patriotisme dan nasionalisme yang kukuh, serta hala tuju yang jelas.
Justeru, apa yang kepimpinan perlukan adalah mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat iaitu rasional, patriotik, nasionalis serta bijak dan berkarisma. UMNO perlu membawa imej baru sebagai parti yang professional tetapi bukan liberal, matang tetapi bukan ketinggalan, selain cekap, pantas dan tegas.
Jika UMNO ingin mengubah Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, maka UMNO perlu terlebih dahulu mempamerkan kualiti yang sama. Untuk itu, UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’.
MKP Ayat Sempoi : Teringat Janji yang dibuat diruang legar Pejabat UMNO Pulau Pinang....Dikala itu waktu hampir senja. PRU-13 dah selesai tapi JANJI TINGGAL JANJI.....
Friday, February 8
LGE MEMBUAT KEUNTUNGAN HAMPIR 300 JUTA DARIPADA RAKYAT MISKIN PULAU NPINANG HASIL JUALAN RUMAH MAMPU MILIK
Ketua MENTERI Pulau Pinang dilihat sekali lagi terjerat dengan helahnya apabila mengumumkan dengan terperinci bilangan rumah, harga serta keluasan "rumah mampu milik" yang akan dibina di Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan.
LGE telah menyatakan bahawa hanya 82 unit rumah "Mampu Milik" akan dibina di jalan SP Chelliah tetapi dia telah megelirukan rakyat miskin apabila tidak menyatakan bahawa harga bagi rumah2 lain selain rumah bernilai RM72500 adalah amat tinggi iaitu RM250 ke RM333 sekaki persegi bagi rumah bernilai 200 ribu dan 300 ribu.Kos keseluruhan pembangunan kasar bagi kedua-dua tapak adalah hampir 300 juta.
Turut menjadi persoalan adalah dia juga mengumumkan bahawa tabung perumahan mampu milik bernilai 500 juta digunakan untuk membangunkan perumahan ini. Jika sudah mempunyai 500 juta daripada tabung perumahan mampu milik, mengapa pulak Kerajaan Negeri DAP masih mengambil keuntungan sebanyak 300 juta apabila menawarkan harga yang tinggi bagi rumah mampu milik di jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia.
Yang lebih membingungkan adalah apabila Kerajaan Negeri juga turut mengumumkan pada Disember 2012 bahawa Tabung bumiputra negeri akan digunakan untuk membina 320 unit rumah mampu milik untuk bumiputra.di jalan SP Chelliah. Bagaimana pula harga yang ditawarkan kepada bumiputra dan bukan bumiputra adalah sama dan mungkinkah wang tabung amanah bumiputra turut digunakan untuk membina rumah mampu milik yang akan dimiliki oleh bukan bumiputra. Kerajaan negeri perlu jelaskan dengan terperinci kemanakah dan bagaimanakah tabung amanah tersebut digunakan. Dengan hanya 320 unit rumah mampu milik untuk bumiputra yang bernilai RM23.2 juta, kemanakah perginya baki wang amanah perumahan bumiputra yang menjangkau lebih 50 juta.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berharap Rakyat Pulau Pinang tidak terkeliru daripada kenyataan LGE yang acapkali cuba mengaut keuntungan daripada rakyat pulau pinang terutamanya rakyat miskin PP. Rakyat perlu bangun untuk mendesak LGE agar tidak mengambil keuntungan daripada rakyat miskin PP dalam hal Perumahan Mampu Milik tidak kira daripada bangsa apa pun.
Ternyata dan Terbukti bahawa LGE sangat licik dalam menipu dan bermain dengan angka yang entah dari mana asalnya.Dia masih tidak dapat menjelaskan dimana 11596 unit rumah mampu milik yang dikatakan dibina oleh PDC dalam akhbar buletin mutiara. Timbul pulak sekarang angka baru yakni 19172 unit rumah mampu milik yang kononnya diusahakan kerajaan negeri. Adakah "diusahakan" membawa maksud "Hanya Meluluskan".
Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP
Thursday, January 31
KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG MENGAMUK PULAK DAH .......
Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung rumah mampu milik yang telah diumumkan oleh Guan eng semalam.
Pemuda UMNO PP meragui keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya LGE yang mengumumkan pendaftaran untuk rumah mampu milik di batu kawan dan jalan SP Chelliah. Sepatutnya LGE membina lebih banyak rumah kos rendah dan bukannya mengelirukan rakyat dengan tema RUMAH MAMPU MILIK tetapi pada hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat miskin PP .
Antara keraguan yang menjadi persoalan rakyat PP adalah Mengapa masa yang diambil hampir 5 tahun untuk mengumumkan pendaftaran sedangkan pengumuman untuk membina perumahan di Batu Kawan dan SP Chelliah telah mengambil masa lebih setahun. Pemuda meragui bahawa pelan pembangunan telah diluluskan oleh PBT kerana didapati tiada rekod pelan pembangunan diluluskan bagi kedua dua tapak.
Mengapakah harga yang ditawarkan dikedua-dua tempat hanya melibatjkan rumah kos sederhana dan sederhana rendah?Dimanakah rumah kos rendah?Harga yang ditawarkan juga amat tinggi dan menampakkan bahawa LGE masih mengambil untung daripada rakyat miskin PP apabila harga yang ditawarkan masih tinggi berbanding kos pembinaan.Adakah ini adalah gimik pilihanraya LGE melalui PDC untuk menutup pengkhianatan mereka terhadap rakyat miskin tidak mampu PP selama 5 tahun memerintah yang hanya tahu menjual tapak rumah kos rendah taman manggis dan perumahan mampu milik di bayan mutiara.
Rakyat yang berpendapatan RM5000 sebulan pun akan merasa perit untuk memiliki rumah kos sederhana bernilai RM 400 ribu ,Bagaimana pula dengan mereka yang miskin tegar yang mana kononnya telah dihapuskan oleh LGE apabila mengumumkan bahawa minimum pendapatan rakyat pulau pinang akan dijadikan RM770 untuk hilangkan miskin tegar? Apakah harga rumah mampu milik mereka? bukankah mereka sepatutnya diberikan rumah kos rendah.
Terbukti LGE amat licik menipu rakyat miskin pulau pinang apabila telah mengumumkan pembinaan rumah mampu milik dan pendaftaran rumah mampu milik yang masih belum diluluskan sedangkan yang rakyat sebenarnya mahu memiliki rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang perlu diukur daripada garis kemiskinan rakyat miskin bukannya nasihat perunding pakar daripada luar negara yang tidak tahu tahap kemiskinan rakyat. Sudah sampai masa LGE dan sekutunya DIAJAR DALAM PRU13.
Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP
Friday, January 4
Pemuda Ada Bukti Penyelewengen Penjualan Tanah Taman Manggis Oleh DAP

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin kini sedang mengumpul beberapa lagi bukti tentang berlakunya penyelewengan dalam proses penjualan tanah di Pulau Pinang yang didakwanya berlaku ketika pemerintahan DAP hari ini, untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya.
Tegas beliau, setelah cukup maklumat yang diperolehinya berhubung berlakunya penyalahgunaan kuasa yang dipercayainya berlaku dalam proses penjualan tanah di negeri tersebut, maka beliau akan mendedahkan kepada rakyat di seluruh negara, khususnya di Pulau Pinang.
Thursday, December 6
GUAN ENG ENGGAN BERDEBAT TAKUT TEMBELANGNYA PECAH...
KENYATAAN AKHBAR KP UMNO PP RESPONS KEPADA KENYATAAN LGE YANG
ENGGAN BERDIALOG BERDASARKAN KENYATAAN AKHBAR ANDREW YONG,
PEGAWAI KHAS LGE.
Seperti biasa LGE telah memutar belit isu dan cuba tukar topik dengan mengaitkan isu2
lain dan juga individu2 lain yang tidak ada kaitan langsung dengan “skandal rasuah taman
manggis.”
Saya bersama Hng telah mengatakan bahawa LGE telah menerima rasuah bukan “wang
rasuah” seperti yang dijelaskan oleh Andrew Yong. LGE juga perlu tahu bahawa rasuah juga
merangkumi skop “penyalahgunaan kuasa” dan “pecah amanah”.
GUAN ENG TAKUT PADA KP UMNO PENANG....
Guan Eng dan pucuk pimpinan DAP nampaknya sudah merasakan detik kekalahan pada PRU-13 nanti..Kenapa hendak mempertikaikan perlantikkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai Penyelaras Strategi Pilihanraya Pulau Pinang...?
Wednesday, December 5
GUAN ENG SAMAN KETUA PEMUDA UMNO UNTUK TUTUP MULUT....
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Dr Ir Sheik Hussin Mydin telah menerima surat saman daripada Peguam Lim Guan Eng..Surat disampaikan melalui Peguam DAP Kalpal Singh bertarikh 4hb Disember..2012...
Sunday, December 2
Rumah KP UMNO Permatang Pauh Dirompak.
Rumah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.
Friday, November 30
HEBAT MELOYAKINI SPIN CERITA #PAU2012

Video ini membuktikan fitnah telah disebarkan..
UCAPAN PRESIDEN UMNO BAKAR SEMANGAT KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG #PAU2012
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Ir. Dr. Sheik Hussin berkata ucapan dasar yang telah disampaikan oleh DS Najib Razak telah memberi nafas baru pada Pemuda UMNO Pulau Pinang..Semangat untuk berjuang telah pulih seperti yang diharapkan..Namun begitu usaha jitu dan berterusan perlu diperkemaskan lagi untuk merampas kembali Pulau Pinang ini harus berterusan...
Thursday, November 22
TOLONG JAWAB BOLEH JANGAN KUNG-FU PULAK?
Syarikat KLIDC adalah syarikat yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membina dan mengurus pusat perubatan di atas tanah tersebut.
Malah Shaik Hussain juga melahirkan harapan agar Guan Eng menyaman dirinya berikutan desakan terus menerus berkenaan isu ini.
“Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman saya dan saya amat berharap agar dia saman saya. Sebab itu saya telah menyediakan 40 soalan yang akan saya tanyakan di mahkamah nanti.
“Sekiranya dia tak saman, dia tetap perlu menjawab semua persoalan ini bagi membuktikan dia tidak mempunyai sebagai kepentingan terhadap KLIDC,” ujarnya..
Saturday, October 20
PENGKHIANAT TELAH DIKENAL PASTI?
Monday, September 17
NGEH KHOO HAM PERLI @Khairykj & HINA ISLAM?
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslim oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.
Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.
Wednesday, July 11
Jigsaw Puzzle Dalam PR Atau Lidah Bercabang?
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, tidak mustahil DAP bertanding 90 kerusi Parlimen kerana sokongan masyarakat kepada parti itu lebih kuat berbanding dengan Pas dan PKR.
Menurutnya, Pas bukan sahaja tidak layak menjadi tulang belakang PR malah parti itu juga dilihat tidak sepatutnya bersama dengan sekutu pembangkang kerana dilihat tidak ada peranan langsung selama ini.
“Tulang belakang PR sebenarnya adalah DAP, dan Pas perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah jigsaw puzzle dalam PR.
“Abdul Hadi sebenarnya bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, namun impiannya pasti tidak akan tercapai kerana DAP menyediakan ‘pemain simpanannya’ tersendiri iaitu Lim Guan Eng bagi menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika PR berjaya ambil alih kerajaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Terdahulu, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor, Marang menafikan DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen pada PRU13.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian mengulas dakwaan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.
Beliau berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam Pakatan Rakyat (PR) masih belum dibuat sehinggalah tarikh PRU13 diketahui.
“Dalam PR, Pas adalah parti paling kuat, parti yang banyak jenteranya, Pas akan memikul beberapa kawasan yang parti lain tidak sanggup bertanding, mungkin sampai 80 kerusi. DAP bertanding 50 kerusi ataupun 60 kerusi, boleh menang 40 atau 50 kerusi,” katanya.
Mengulas kenyataan Presiden Pas itu, Shaik Hussein berkata, di Pulau Pinang sendiri Pas gagal menunjukkan kewibawaannya selain sering dipermainkan oleh rakan dalam pakatan sendiri.
Mengambil contoh isu jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang sebelum ini dijanjikan untuk diberikan kepada Pas tetapi ia beralih kepada PKR, Shaik Hussein berkata, ia menunjukkan Pas tidak mampu untuk membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam di negeri ini.
“Bila jawatan itu tidak diberikan kepada Pas, mereka (Pas) hanya bising seketika dan terus isu ini senyap. Kita pun tidak tahu siapa YDP MAINPP sekarang,” katanya.
Menurutnya, Pas bukan parti yang kuat dalam PR, sebaliknya sering tunduk dengan desakan rakan parti lain dalam PR.
“Kalau Pas sendiri tidak boleh menjaga dan memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam yang sedikit di Pulau Pinang, bagaimana dia boleh jaga orang Melayu dan Islam di negara ini.
“Pas perlu buktikan terutama di Pulau Pinang bahawa mereka mempunyai suara selain mampu membantu masyarakat,” katanya.
Dalam pada itu, Shaik Hussein berkata, matlamat yang berbeza pada setiap parti dalam PR juga menyebabkan mereka tidak mampu menggantikan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara.
“Pendirian mereka tidak sama. Mereka tidur atas satu bantal tetapi mimpi lain-lain,” katanya.SINARHARIAN
Saturday, June 2
BANTAHAN DAP TERHADAP PENANG PORT ADA NIAT JAHAT?
Kenyataan bahawa Penang Port seharusnya menjadi milik negeri kerana penjualan kepada syarikat swasta boleh menjejaskan ekonomi negeri amat danggal kerana ianya datang daripada kerajaan negeri yang secara agresif menjual aset2 bernilai milik rakyat miskin pulau pinang seperti tanah emas bayan mutiara.
Bukankah tanah2 emas milik rakyat miskin pulau pinang yang sepatutnya diperjuangkan oleh kerajaan negeri dengan mengutamakan obligasi sosial berbanding orientasikan keuntungan.
Pemuda berpendapat rancangan keseluruhan pembagunan Penang Port dan Kompleks CIQ yang dirancangkan diatas tanah tebus guna adalah jauh lebih baik daripada tanah yang di tebusguna di bayan mutiara yang dijual untuk keuntungan pihak swasta.
Peluang pekerjaan sebanyak 100,000 kepada penduduk pulau pinang adalah jauh lebih ikhlas dan terpuji berbanding dengan pembangunan bayan mutiara yang menjual hak rakyat miskin pulau pinang.
Pemuda UMNO Pulau Pinang pada prinsipnya lebih bersetuju Penang Port diswastakan berbanding jika ianya jatuh kepada tangan kerajaan negeri DAP yang rakus mengejar keuntungan sementara dengan mengabaikan kesejahteraan rakyat miskin pulau pinang berbilang bangsa.
Pemuda UMNO Pulau Pinang juga menasihatkan Kerajaan Negeri DAP bersihkan dahulu kaedah pentadbiran yang berteraskan keuntungan dan glamour dan tumpukan kepada pembangunan nasib rakyat miskin Pulau Pinang yang semakin terhimpit dengan dasar2 pembangunan yang drastik oleh kerajaan negeri DAP sejak 2008 hingga kini.
Jelas Kerajaan negeri DAP tidak Cekap,Akauntabel,Telus seperti yang selalu diwar-warkan,
Ir.Shaik Hussein B. Mydin
KP UMNO PP
Monday, May 7
LGE CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT BERKENAAN HARGA TANAH BAYAN MUTIARA
LGE telah memaklumkan bahawa nilaian JPPH adalah RM65 sekaki persegi manakala harga yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah RM200 sekaki persegi dan harga yang diperolehi daripada pemaju adalah RM240 sekaki persegi yakni jauh lebih bagus daripada harga penilaian JPPH. Kenyataan ini sebenarnya adalah kenyataan yang mengelirukan rakyat pulau pinang dan cuba menutup kesalahan kerajaan negeri DAP dalam hal penjualan tanah tersebut.
Penilaian JPPH telah dibuat pada 14/9/2009 dan surat kepada pejabat ketua menteri telah dihantar kepada pejabat ketua menteri pada 5 November 2009 no.rujukan surat PKM:JPPH/01540109 yang ditandatangani oleh Penilai Daerah iaitu Zuraidar Husin telah menyatakan harga antara RM 65 ke RM 83 sekaki persegi untuk pegangan tanah kekal. Untuk pegangan tanah pajakan 99 tahun pula harga yang dinilai adalah antara RM60 ke RM 77 sekaki persegi.Namun begitu surat tersebut juga telah menyatakan bahawa penilaian telah dibuat berdasarkan 4 perkara berikut iaitu:
1.Penilaian untuk tanah sahaja.
2.Nilaian adalah berasaskan kegunpaan tanah kosong tanpa Infrastruktur dan mengikut kegunaan iaitu untuk pembangunan bercampur dan komersil.
3.Pegangan hakmilik tanah adalah kekal dan pajakan 99 tahun.
4.Nilaian adalah sah untuk tempoh 6 bulan sahaja.
Pada 7/4/2010 yakni setelah tamat tempoh sah 6 bulan penilaian daripada 14/9/2009, kerajaan negeri telah menetapkan harga rizab bagi tender tersebut pada RM200 sekaki persegi. Tender tersebut pula ditutup pada 31/12/2012 yakni setelah hampir 16 bulan daripada tarikh penilaian pada 14/9/2009. Dengan mengambilkira kepesatan pembangunan yang terlalu drastik di Pulau Pinang dan kadar harga tanah yang meningkat setiap hari di Pulau Pinang adakah harga rizab RM200 sekaki persegi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri DAP tanpa disokong oleh sebarang penilaian boleh diterima pakai.
Untuk makluman,kerja2 infrastruktur untuk keseluruhan pembangunan bayan mutiara telah disiapkan.Kononnya pula pemaju telah menawarkan harga yang lebih baik iaitu RM240 sekaki persegi boleh dijustifikasi dan perjanjian pula hanya ditandatangani dengan pemaju pada 11/11/2011 pada kadar harga RM240 sekaki persegi yakni selepas 26 bulan selepas tarikh penilaian. Manakala pembayaran pertama 2% yakni sekadar 20 juta lebih untuk tanah yang bernilai 1.1 billion hanya diterima pada februari 2012 yakni 29 bulan dari tarikh penilaian.
Bukankah rakyat pulau pinang akan lebih untung jika penilaian yang lebih tepat dan baru dibuat pada tarikh perjanjian jual beli iaitu pada 11 November 2011.Hakikatnya LGE telah mengelirukan rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Pulau Pinang telah dikhianati dengan kepercayaan yang telah diberikan kepada KetidakCekapan, KetidakTelusan,KetidakAkauntabel Kerajaan Negeri DAP.
Ir.Shaik Hussein Mydin, KP UMNO Pulau Pinang
Penilaian JPPH telah dibuat pada 14/9/2009 dan surat kepada pejabat ketua menteri telah dihantar kepada pejabat ketua menteri pada 5 November 2009 no.rujukan surat PKM:JPPH/01540109 yang ditandatangani oleh Penilai Daerah iaitu Zuraidar Husin telah menyatakan harga antara RM 65 ke RM 83 sekaki persegi untuk pegangan tanah kekal. Untuk pegangan tanah pajakan 99 tahun pula harga yang dinilai adalah antara RM60 ke RM 77 sekaki persegi.Namun begitu surat tersebut juga telah menyatakan bahawa penilaian telah dibuat berdasarkan 4 perkara berikut iaitu:
1.Penilaian untuk tanah sahaja.
2.Nilaian adalah berasaskan kegunpaan tanah kosong tanpa Infrastruktur dan mengikut kegunaan iaitu untuk pembangunan bercampur dan komersil.
3.Pegangan hakmilik tanah adalah kekal dan pajakan 99 tahun.
4.Nilaian adalah sah untuk tempoh 6 bulan sahaja.
Pada 7/4/2010 yakni setelah tamat tempoh sah 6 bulan penilaian daripada 14/9/2009, kerajaan negeri telah menetapkan harga rizab bagi tender tersebut pada RM200 sekaki persegi. Tender tersebut pula ditutup pada 31/12/2012 yakni setelah hampir 16 bulan daripada tarikh penilaian pada 14/9/2009. Dengan mengambilkira kepesatan pembangunan yang terlalu drastik di Pulau Pinang dan kadar harga tanah yang meningkat setiap hari di Pulau Pinang adakah harga rizab RM200 sekaki persegi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri DAP tanpa disokong oleh sebarang penilaian boleh diterima pakai.
Untuk makluman,kerja2 infrastruktur untuk keseluruhan pembangunan bayan mutiara telah disiapkan.Kononnya pula pemaju telah menawarkan harga yang lebih baik iaitu RM240 sekaki persegi boleh dijustifikasi dan perjanjian pula hanya ditandatangani dengan pemaju pada 11/11/2011 pada kadar harga RM240 sekaki persegi yakni selepas 26 bulan selepas tarikh penilaian. Manakala pembayaran pertama 2% yakni sekadar 20 juta lebih untuk tanah yang bernilai 1.1 billion hanya diterima pada februari 2012 yakni 29 bulan dari tarikh penilaian.
Bukankah rakyat pulau pinang akan lebih untung jika penilaian yang lebih tepat dan baru dibuat pada tarikh perjanjian jual beli iaitu pada 11 November 2011.Hakikatnya LGE telah mengelirukan rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Pulau Pinang telah dikhianati dengan kepercayaan yang telah diberikan kepada KetidakCekapan, KetidakTelusan,KetidakAkauntabel Kerajaan Negeri DAP.
Ir.Shaik Hussein Mydin, KP UMNO Pulau Pinang
Wednesday, April 4
Umno kesal pemimpin PAS membisu.
Umno Pulau Pinang kesal dengan sikap pemimpin PAS di negeri itu yang membisu mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid dan sekolah di tanah Bayan Mutiara di George Town.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata sikap membisu pemimpin Pas dan juga exco agama, Abdul Malik Abul Kassim dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Osman, kedua-duanya daripada PKR, membuktikan mereka tidak bertanggungjawab membela maruah umat Islam di negeri itu.
"Isu masjid dan sekolah itu menjadi isu umat Islam di negeri ini dan ia bukan isu Umno sahaja yang memperjuangkan mengenai kepentingan umat Islam di negeri ini.
Sebagai pemimpin Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang, PAS dan mereka yang beragama Islam perlu bersuara dalam mempertahankan hak umat Islam dan bukannya bersikap mendiamkan diri.
Zainal Abidin berkata dalam isu tapak masjid dan sekolah itu, soal politik harus diketepikan kerana kepentingan rakyat dan umat Islam perlu diutamakan.
Beliau juga berkata kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM2.2 juta untuk membantu 101 SAR dan Kafa di Pulau Pinang.
Katanya bantuan itu bagi memberi keselesaan kepada murid untuk mendapat pendidikan agama.
Tuesday, April 3
ALAHAI UMNO PULAU PUNANG PRU 13.
UMNO Pulau Pinang sudah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak lama lagi.
UMNO Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi PRU. UMNO negeri itu juga yakin dapat ‘mengambil’ semula kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang pada PRU lalu. Sekurang-kurangnya, kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung dan Sungai Bakap.
Mungkin angin perubahan yang berlaku akan turut membantu UMNO memenangi semula kerusi Penanti yang disandang PKR dan kerusi tunggal Pas di Permatang Pasir. Menjadi satu bonus jika UMNO mampu mengambil semula Permatang Pauh yang suatu masa dulu pernah dikuasainya. Pas juga pernah menguasai kerusi Permatang Pauh ini.
Pada PRU lalu, UMNO menang 11 daripada 15 kerusi yang ditandingi. UMNO juga parti tunggal dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang menang kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau DUN di negeri itu.
Di peringkat DUN, Gerakan yang diperuntukkan 13 kerusi, MCA (10) dan MIC (2) gagal menyumbang sebarang kerusi. Calon-calon berkenaan tewas kepada DAP dan PKR. Apakah kali ini rakan-rakan UMNO di Pulau Pinang itu sudah mendapat keyakinan baru untuk membantu BN mendapatkan semula Pulau Mutiara itu?
Pastinya masing-masing mempunyai keyakinan walaupun di atas kertas, ada yang berkata, laluannya teramat sukar. UMNO pula jangan terlalu yakin untuk menambah kerusi. Walaupun ada desas desus mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim beralih kerusi tetapi jika ia berlaku adakah ia strategi PKR mahu menambah kerusi atau PKR sudah terasa Gelombang Biru di Permatang Pauh? Tugas mempertahankan kerusi dan merampas kerusi yang terlepas sama-sama penting.
Tersilap langkah, yang dikejar dapat tetapi yang dikendong pula keciciran. Lebih malang, jika yang dikejar tak dapat yang dikendong juga keciciran. Beberapa kerusi yang sudah ada ‘dalam tangan’ UMNO perlu dijaga.
Walaupun landskap politik sudah berubah hasil pelbagai usaha yang dilakukan tetapi keputusan PRU lalu perlu diselak dan disemak semula. Sekurang-kurangnya angka berkenaan dapat memberi peringatan awal supaya parti tidak leka. Daripada 11 kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU lalu, parti itu hanya menang selesa di lima kerusi sementara di enam kerusi boleh dikategorikan ‘menang tipis’.
Contohnya kerusi Sungai Dua di kawasan Parlimen Tasek Gelugor. BN hanya menang dengan majoriti 535 undi mengalahkan calon Pas, Salleh Man yang kini menjadi ADUN Permatang Pasir melalui satu pilihan raya kecil (PRK). Sungai Dua ketika di bawah Permatang Pauh pernah menjadi kubu Pas.
Begitu juga dengan Seberang Jaya apabila pada PRU lalu, Arif Shah Omar Shah menewaskan calon PKR dengan majoriti 533 undi sahaja berbanding 4,464 undi pada 2004. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abdul Jalil Abdul Majid berkata, mereka sudah bersedia memberi saingan hebat kepada calon lawan pada PRU Ke-13. Sambil mahu mempertahankan Seberang Jaya, dua lagi kerusi DUN dan Parlimen akan cuba diambil kembali.
Di Parlimen Nibong Tebal pula, kerusi DUN Sungai Acheh dimenangi UMNO tetapi majoritinya hanya 250 undi. Di kawasan yang sama, DUN Sungai Bakap yang dimenangi PKR pula meraih majoriti 2,067 undi mengatasi majoriti yang dimenangi BN pada PRU sebelumnya.
Lebih menarik untuk dilihat ialah kerusi di kawasan Parlimen Balik Pulau yang dimenangi calon PKR dengan majoriti 708 undi. Di sini, wujud peluang untuk UMNO kembali menguasai kerusi itu. Tetapi jangan pula sampai terjadi seperti kata orang Pulau Pinang iaitu Balik Pulau Bayan Lepas, sana terpelau sini terlepas!
Bagi tiga kerusi DUN di kawasan Parlimen itu, majoriti undi yang dimenangi BN melalui calon UMNO adalah kecil berbanding DUN jirannya Batu Maung dalam kawasan Parlimen Bayan Baru yang dimenangi PKR dengan majoriti melebihi 3,000 undi. Di DUN Pulau Betong, BN mengalahkan calon PKR, Dr. Mansor Othman dengan 294 undi. Dr. Mansor kini adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I selepas memenangi PRK Penanti. Di Bayan Lepas, BN mengalahkan calon Pas dengan 399 undi dan di Telok Bahang mengalahkan calon PKR dengan 465 undi.
Melihat angka-angka ini, ia bukanlah satu kemenangan selesa kepada BN. Tetapi sekali lagi, orang politik akan berkata, itu 2008. Ya! Tidak dinafikan landskap politik sudah berubah selepas ‘tsunami’ 2008. Tetapi apakah selepas empat tahun, ‘kerosakan’ akibat ‘tsunami’ sudah diperbaiki? Apa pula peranan kerajaan DAP-PKR-Pas untuk turut sama menambah baik keadaan di pulau itu? Adakah Lim Guan Eng dan rakan-rakannya tidak melakukan apa-apa untuk memperkukuhkan kedudukan?
Di pihak BN, cukupkah sekadar ‘membongkar’ kepincangan yang berlaku dalam kerajaan DAP sekarang? Apa yang penting ialah memastikan jentera parti di semua peringkat dalam keadaan baik dan mampu bergerak lancar apabila ‘semboyan perang pilihan raya’ dibunyikan.
Tetapi sekali lagi jangan tersilap langkah. Nanti buruk padahnya. Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam ‘dunia politik’ tempatan di negeri itu. Apakah ‘cerita di sebalik cerita’ di Permatang Pauh, Tasek Gelugor, Nibong Tebal dan Balik Pulau. Apakah sudah tidak ada lagi ‘cakap-cakap belakang’ yang boleh ‘membunuh’ keupayaan calon yang akan ditonjolkan? Di samping kesepaduan pemimpin dan anggota parti, faktor calon juga amat penting.
Dan untuk sementara, BN perlu mengenepikan cakap-cakap bahawa sukar untuk BN merampas kembali Pulau Pinang. BN pernah mengharungi cabaran hebat ketika era Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang memperkenalkan Tanjong I, Tanjong II dan Tanjong III. Ketika itu, UMNO banyak membantu Gerakan, untuk mengekalkan kuasa politik di negeri itu. Tetapi apabila UMNO ‘hilang’ empat kerusi pada PRU lalu, Gerakan. MCA dan MIC pula gagal membantu, Pulau Pinang menjadi pangkalan utama DAP.
BN Pulau Pinang hanya mampu berkuasa kembali sekiranya parti komponen memberi ‘sumbangan’ secukupnya. Tetapi jangan kerana terlalu menumpukan perhatian untuk mendapatkan balik kerusi diduduki DAP-Pas-PKR, kerusi sendiri terlepas!UTUSAN.
Saturday, March 31
AMK AMIR GHAZALI UMPAMA MELAYU GADAI ISLAM DI PULAU PINANG
AMK Pulau Pinang kini bersuara bagi pihak Lim Guan Eng dan menyelarkan Pemuda UMNO bodoh dan fitnah terhadap DAP....Yang menjadi persoalan disini kenapa Amir Mohd Ghazali membela Cauvanis Lim Guan Eng.AMK kini nampak jelas membelakangkan Islam dan maruah sebagai Melayu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.berikut adalah apa kenyataan diberikan:
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.
Berbalik kepada kenyataan Saudara Ir Sheik Hussin sebelum ini:Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta).
Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240 skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Siapa yang dunggu? atau tidak faham apa yang dipersoalkan?Yang dipertikaikan disini adalah justifikasi diguna pakai telah tamat tempoh.Kepada Saudara Amir Mohd Ghazali beringatlah usah mempergadaikan Islam demi mempertahankan Kapir Harbi.Isu ini telah menampakkan kobodohan anda sendiri apabila bersuara,Jika anda benar layak sudah tentu Guan Eng telah melantik anda sebagai pegawainya paling tidak, ternyata anda telah diperbodohkan olehnya dengan menjawab bagi pihaknya dalam isu ini.Kalau setakat penghantar surat rasanya budak sekolah tadika pun layak.
MKP Ayat Sempoi ; Masih ingatkah lagi waktu dan ketika ini?hingga kini Guan Eng diam membisu?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Imavov cabar juara middleweight UFC, Khamzat - Imavov cabar juara middleweight UFC, Khamzat Paris: Petarung middleweight, Nassourdine Imavov menewaskan Caio Borralho dalam acara utama UFC Fight Night ...
-
-
Zikir Hari Ahad : Amalan Harian Mendekatkan Diri kepada Allah - Zikir harian merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Para ulama menyusun zikir khusus mengikut hari dalam seminggu sebagai panduan rohani, ber...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com