Sunday, December 2

Rumah KP UMNO Permatang Pauh Dirompak.


MKP berjumpa dengan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh pada Perhimpunan Agong UMNO yang berakhir semalam..Tapi bila tengok laporan dari bernama hari ini terkejut dengan rumahnya dipecah masuk.

Rumah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.



Mohd. Zaidi Mohd. Said, 43, berkata, kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya pukul 6 pagi hari ini.

"Ayah tinggal bersebelahan rumah saya dan dia datang ke rumah untuk melihat keadaan kediaman berikutan kami (beliau dan isteri) tiada di rumah kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Kuala Lumpur.


"Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya, di sini.

Mohd. Zaidi berkata, sebaik dimaklumkan, beliau terus pulang ke rumah dan mendapati sebuah peti besi mengandungi barang kemas milik isterinya, tiga jongkong emas seberat 750 gram, tiga komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen serta sebuah motosikal jenis Honda telah hilang.

"Selepas memeriksa saya dapati mereka (penjenayah) telah melarikan peti besi tersebut yang berada dalam bilik utama yang mengandungi pelbagai barang berharga dan sebuah motosikal milik anak saya, kesemuanya bernilai lebih RM100,000 lesap," katanya. BERNAMA

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive