RAPID

Monday, December 31

GUAN ENG BACUL LARI PINTU BELAKANG.....?


Tahu pun lari?Kenapa Ketua Menteri Paling malang didalam sejarah Pulau Pinang mahu sembunyikan? Ini telah membuktikan bahawa Tokong crocky erogan takut kerana salah..Macam pencuri jumpa Polis....Haaaa

Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.
 
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
 
Azmi berkata Guan Eng dijadualkan  tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
 
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 
 
“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami  yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
 
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” katanya.
 
Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive