exponegaraku

Thursday, December 20

KENAPA ZAIRIL DIPILIH OLEH GUAN ENG TETAPI TIDAK AHMAD TON

DAP 2.0 ialah parti orang muda Red Guards bertapak di Pulau Pinang dan Subang Jaya – kubu Papa dan Mama DAPster masing-masing – yang baru masuk menjadi ahli baru semenjak kejayaan tsunami parti itu.

Jumlah ahli-ahli DAP berlipat ganda daripada 48,000 orang dalam tahun 2008 kepada 150,000 orang pada masa kini.

Ahmad Ton ialah naib pengerusi DAP Johor. Beliau calon DAP di negeri Johor di DUN Bekok dalam PRU tahun 2004 serta bertanding kerusi Parliamen Tanjung Piai dalam PRU 2008.

Mustahil Ahmad Ton selaku wakil DAP Johor akan dilantik Guan Eng ke CEC memandangkan orang nombor satu (Dr Boo) dan nombor dua (Norman) DAP Johor tidak disenangi setiausaha agung itu.

Lebih-lebih lagi, kebanyakan ahli CEC pun adalah orang Guan Eng.

Mana-mana pemimpin berbakat DAP yang dianggap ada memiliki keupayaan untuk menyaingi Lim Guan Eng dalam parti akan dicantas.

Bekas setiausaha agung Kerk Kim Hock pernah mendedahkan bagaimana para pengikut Guan Eng telah mensabotajnya dalam pilihanraya umum tahun 2004.

Angkara tindakan penyokong-penyokong Guan Eng itu yang bukan sahaja memboikot malah menyebar khabar angin bahawa beliau tidak pernah memberi khidmat kepada pemilih di kawasannya, Kerk kalah kerusi parlimen Kota Melaka yang dipegang beliau sebagai incumbent.

(Sidang akhbar oleh Kerk – yang diadakan April 2004 – boleh dibaca di sini.)

Perangai para pengikut Guan Eng yang pandai memfitnah – ini tuduhan yang dikeluarkan bekas orang kuat DAP sendiri – masih tidak berubah-ubah.

Ekoran kekalahannya dalam PRU11, Kerk Kim Hock telah melepaskan jawatan setiausaha agung DAP yang ketika itu disandangnya. Pengunduran beliau membuka jalan bagi Guan Eng – selepas dia dipenjarakan atas kesalahan menghasut (kes Rahim Thamby Chik) serta digam 5 tahun penglibatan politik sebagai seorang bekas banduan – untuk kembali berkuasa dalam parti.

Selain Kerk Kim Hock dan Wee Choo Keong, speaker DUN Selangor Teng Chang Khim dan ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau juga dilihat sebagai pencabar kepada kedudukan Guan Eng.

Baru-baru ini Teng tidak hadir perhimpunan tahunan DAP Selangor selepas mendakwa beliau tidak dimaklumkan tentang acara tersebut kecuali melalui sms sehari sebelum berlangsungnya mesyuarat.

Sementara itu, timbalan pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pula tidak menghadiri kongres DAP yang diadakan di Pulau Pinang beberapa hari lepas.

 Sebuah rencana dikarang Norman yang bertajuk ‘PAS has become a real danger‘ telah menaikkan amarah puak Guan Eng. Pandangan yang dikeluarkan Norman tidak mendapat restu “supreme leaders” partinya.

Dua orang Melayu telah dilantik ke jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), iaitu Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari.

Zairil menyertai DAP pada bulan Februari 2011 manakala Ahmad Ton ialah orang lama DAP yang keahliannya sudah mencecah 36 tahun.

Kenapa Zairil dilantik dan Ahmad Ton tidak?

DAP 2.0 ialah parti orang muda Red Guards bertapak di Pulau Pinang dan Subang Jaya – kubu Papa dan Mama DAPster masing-masing – yang baru masuk menjadi ahli baru semenjak kejayaan tsunami parti itu.

Jumlah ahli-ahli DAP berlipat ganda daripada 48,000 orang dalam tahun 2008 kepada 150,000 orang pada masa kini.

Ahmad Ton ialah naib pengerusi DAP Johor. Beliau calon DAP di negeri Johor di DUN Bekok dalam PRU tahun 2004 serta bertanding kerusi Parliamen Tanjung Piai dalam PRU 2008.

Mustahil Ahmad Ton selaku wakil DAP Johor akan dilantik Guan Eng ke CEC memandangkan orang nombor satu (Dr Boo) dan nombor dua (Norman) DAP Johor tidak disenangi setiausaha agung itu.

Lebih-lebih lagi, kebanyakan ahli CEC pun adalah orang Guan Eng.

Perkataan “my boss, my boss” tidak lekang daripada bibir Zairil, setpol kepada Guan Eng.

“My boss has done a very good job in Penang. I think that’s the consensus you get internationally or in The Economist, in Bloomberg or in whatever you want,” kata Zairil.

Di samping itu, Zairil juga dilantik sebagai CEO Penang Institute, sebuah think-tank pentadbiran GuanEng yang didakwa cuba merasuah Tunku Aziz. (Sudahkah SPRM habis penyiasatannya ekoran laporan polis yang dibuat terhadap organisasi tersebut atas tuduhan cuba merasuah itu?)

Pengerusi Penang Institute ialah Lim Guan Eng yang memperkenankan pelantikan Zairil sebagai CEO. Pendek kata si pengerusi adalah ‘bos’ kepada si CEO.

Tunku Aziz berpendapat bahawa Zairil adalah hanya seorang budak suruhan Guan Eng yang dihantar untuk menyampaikan tawaran ‘fellowship’ Penang Institute kepadanya dalam usaha menyejukkan hati selepas Tunku Aziz keluar parti.

ULASAN HEBAT DARI Helen Ang KLIK 



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive