MKP duduk bersembang dengan rakan kedai kopi yang kebetulan berkerja di Pejabat Ketua Menteri Paling Celaka didalam Sejarah Pulau Pinang. Peristiwa pemilihan CC DAP sabtu lepas benar-benar menghantui LGE..Apa tidaknya LGE dihentam teruk oleh Pemimpin BN/UMNO kerana tiada calon melayu terpilih...
Tunku Aziz yang mengatakan perkara ini.Bagaimana caranya untuk parti DAP memenangi dan mendekati kaum Melayu selepas ini kerana kerosakan dan penghinaan terhadap sokongan kaum Melayu telah diserlahkan di dalam DAP.
Bangsa Melayu begitu cepat lupa. Makanya, isu penolakan pemimpin Melayu DAP akan hanyut dilupakan dek peredaran masa. Kelak, isu ini tidak panas lagi dan orang Melayu kembali berpaut dan terpesona dengan wayang kulit kepimpinan DAP.
Bab 'kembali terpesona' itu mungkin berlaku dengan mudah. Hanya dengan RM100 wang insentif yang berkemungkinan besar akan diterima oleh segolongan penduduk negeri, kaum Melayu yang tidak sedar diri itu akan kembali memuja dan memuji parti cauvinis dan rasis itu.
Yang lebih menyedihkan ialah perlantikan 2 orang Melayu di dalam CEC DAP yang dianggap 'simbolik' oleh pemimpin utama DAP. Dan jika perlantikan kedua-dua mereka adalah berdasarkan kepada 'kebolehan', apakah perwakilan DAP buta mata dan hati mereka hingga tidak nampak 'kebolehan' 2 orang Melayu itu?
Malangnya, setelah 36 tahun menjadi ahli DAP, Ahmad Ton masih lagi mempersoalkan perkara fundamental parti DAP yang tidak kesampaian sehingga ke hari ini! Dan parti sedemikian rupa mimpikan Putrajaya! Memalukan!
Inilah contoh parti politik yang nampak indah di luar tetapi busuk porak-peranda dan cauvinis di dalamnya. Rakyat sudah nampak dan tentu akan menolak parti itu.
No comments:
Post a Comment