RAPID

Saturday, December 15

LGE MAHU JADI PM MALAYSIA BILA MINTA SEDEKAH KERUSI DARI PKR/PAS


Tuntutan kerusi tambahan iaitu sebanyak tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang daripada DAP membuktikan parti itu tamak kuasa.
Tuntutan itu tidak lain dan tidak bukan adalah demi mengukuhkan parti dominasi Cina itu dalam Pakatan Rakyat sekaligus mahu mengangkat pimpinan tertinggi mereka sebagai Perdana Menteri kelak.

Kemungkinan PKR dan PAS tidak akan beri. Nampak DAP (minta kerusi) tamak di situ, nakkan lebih kerusi. Kalau diberi juga, maknanya PKR dan PAS akan kekurangan kerusi di Parlimen. Ini membolehkan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Dalam Pakatan Rakyat, kerusi PKR paling banyak iaitu 31 kerusi, PAS 23 kerusi dan DAP 28 kerusi.

DAP mahukan kerusi yang dimenangi oleh PKR dan PAS pada pilihan raya yang lalu adalah disebabkan mahu meraih undi daripada kaum Melayu khususnya.

DAP akan letak juga calon di kawasan PKR dan juga PAS. Sepatutnya DAP bertanding di kawasan ramai orang Cina.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa ucapan ucaptamanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, hari ini menuntut PAS dan PKR supaya memberikan parti itu tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN untuk PRU13, akan datang.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata DAP patut diberikan kerusi tambahan sebagai 'balasan' di atas kesetiaannya kepada kerjasama dalam pakatan pembangkang.
“Kami dibuktikan menjadi rakan tulen dan setia kepada PAS dan DAP. DAP berharap kesetiaan ini dibalas dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi…kita mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung. Sabah dan Sarawak akan merunding pengagihan kerusi sesama mereka,”LGE.
Tuntutan Guan Eng itu pernah disuarakan seperti permintaan yang pernah dilakukan oleh Presiden Singgapura, Lee Kuan Yew ketika negara itu mahu bergabung dengan Malaysia, namun ditolak oleh Perdana Menteri tatkala itu, Tunku Abdul Rahman.

Ini yang berlaku sewaktu zaman Tunku Abd Rahman sewaktu Singapura masuk Malaysia dulu, di mana Lee Kuan Yew minta kerusi untuk Singapura itu lebih 20 kerusi (tetapi) Tunku kata tak boleh, kalau dibenarkan juga Lee Kuan Yew akan jadi Perdana Menteri.




1 comment:

Anonymous said...

Ayat bukan main cantik, rakan paling setia dengan pas dan pkr. Pok nik dengar terus cair. Dap perlukan kerusi tambahan supaya lebih kuasa atas pas dan pkr. Pasti dap tak mintak kerusi pas sebab pas bertanding di majority melayu. Pkr kena gadai kerusi pada dap dan ini PASTI akan terjadi kerana anuwar dah kena control dengan dap. Lagipun dap dah janji nak bagi anuwar jadi pm so kerusi pkr bagila pada dap. Bila dapat lebih kerusi, pas pun jadi pecacai ajela. Dap punya game manyak halus.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive