Friday, December 14

Mahkamah Perintah Utusan Bayar Karpal RM50,000


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi beserta kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.

Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.
 
Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.
 
Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.
 
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.

MKP Ayat Sempoi : Meloyakini pun banyak benda macam nie tapi tak kena saman pun....Adakah pemimpin kita tidak mahu saman atau terlalu baik biarkan mereka...Tapi yang pasti semuanya playsafe...


1 comment:

Hashim said...

Mereka tak berani saman malaysiakini pasal mereka bersalah... Kalau tak dah lama dah dia org saman .....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive