Tuesday, December 25

Haram Rezeki Pelakon Yang Tidak Menutup Aurat @rozaidijamil


Ostazah Mee Segera PAS dah kuarkan Fatwa baru yang agak gampang... Figura yang berstatus ‘pendakwah selebriti’ di gelanggang pentas ceramah politik ini iaitu Abby Abadi diyakini terkenal dengan pandangan kritisnya.

Bahkan rakan-rakan artis yang pernah sama-sama berjuang didalam cabangnya yang sama suatu ketika dahulu tidak terlepas dari menerima tempelan lantangnya. Ini termasuk satu lagi dakwaanya yang mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya.

Ujar Abby “Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram. Haram rezeki kepada pelakon-pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam itu sebenarnya.

“Kita boleh lihat sendiri contohnya macam apa yang ada dalam TV tu, dengan cara berpakaianya dengan cara pergaulanya dan juga asik menonjolkan cerita cerita yang tak sepatutnya dipertontonkan. 

Sampai dalam filem boleh berkemban dan berpeluk sakan, macam tak ada yang melarang.”

Jelas Abby lagi jika dahulu dia agak memilih untuk tidak melakonkan babak-babak yang tidak sepatutnya dilakonkan seperti babak memerlukanya didukung dan seumpamanya tapi keadaan seperti itu pada ketika ini seperti tidak dikawal tingkah laku para pelakon tersebut.


MKP ayat sempoi : Abby kt dalam video nie berkepit dengan pucuk muda tue hukumnya apa pulak?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive