Kalau dah kurang assam sangat apa lagi tangkap dan dakwa aje mahasiswa yang kurang sopan nie.Meraka bukanlah suara majoriti aakan tetapi hanya bilangan yang agak kecil.
Mak dan Bapak mereka punya berbangga apabila anak mereka menjadi mahasiswa akan tetapi mahasiswa yang terpesong dengan dakyah palsu pembangkang...
Sikap mereka bukan saja dipandang serong masyarakat akan tetapi mencemarkan nama mahasiswa itu sendiri...Apa korang nak lagi jika dah melanggar undang-undang dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah bererti memang anda salah...
Nak buktikan apa lagi?Takkan korang nak kata mahkamah kat Malaysia nie ta adil.....Janganlah tertipu dengan mereka puak Harami PKR tue...Janji aje nak kasi loyar kat korang tapi bila kalah salahkan kerajaan tapi bila menang puji Mahkamah pulak...
Pecayalah Mahasiswa memang dipergunakan oleh mereka...PKR hanya pandai berjanji padahal tunainya belum pasti...Mahasiswa dari golongan "silent majoriti"telah bersuara menolak pembangkang terutama PKR nie...Suara mereka telah diperjemahkan didalam Pilihanraya Kampus dengan Pro menyokong kerajaan telah menang besar.......
Pemuda Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan perbuatan mana-mana pihak yang menjadi dalang sehingga menyebabkan golongan muda, terutama mahasiswa, bertindak di luar batasundang-undang dalam memperjuangkan sesuatu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana menghormati undang-undang merupakan perkara nombor satu yang harus ada pada diri setiap mahasiswa jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik serta berjuang di samping Pemuda BN bagi membela nasib rakyat dan negara.
Beliau mengulas isu Umar Mohamad Azmi, 23, pelajar tahun akhir kolej swasta yang dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaatselepas didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Umar sebelum itu terlibat dengan gerakan 'Occupy Dataran' yang berhimpun diDataran Merdeka pada 23 April lepas untuk memperjuang penghapusan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional dan pendidikan percuma.
Khairy berkata seorang mahasiswa dididik untuk menjadi pemimpin pada masadepan namun jika tersalah memilih jalan dan melanggar undang-undang, akan hanyamenyebabkan diri serta keluarga merana.
"Sama ada Umar diperalat oleh pihak tertentu demi kepentingan politik pihak tersebut, itu kena tanya Umar sendiri... tetapi apa yang terjadi kepada Umaramat berat hati saya nak lihat dan baca," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysian Youth Buskers Fest 2012 di Suria Esplanade KLCC.
Festival sehari itu, yang menampilkan 200 pemuzik muda dari seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan, terutama di kalangan pengunjung KLCC termasukpelancong asing.
Sehubungan itu, Khairy menasihati mahasiswa di negara ini supaya menggunakan saluran yang betul dan menghormati batasan undang-undang jika ingin memperjuangkan sesuatu isu.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sanggup turun padangmendengar apa yang mahu dikatakan mahasiswa, beliau juga mendengar melalui pelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.
"Sebagai negara demokrasi, kita telah sediakan cukup saluran untuk mahasiswa menyalurkan apa yang berada di minda mereka, jadi mengapa perlu berdemonstrasidi sana sini dan langgar undang-undang, untuk apa?" katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment