Kat Pulau Pinang nie kalu cakap "BELUKANG TAIK" ayat paling popular untuk orang macam yang bakal MKP sebut sibawah...Perumpamaan jelas ikan belukang yang hitam dan gelap kulitnya sanggup makan taik untuk kenyangkan perut sendiri tapi tak sedar yang dimakan itu adalah "TAIK".
Tindakan perundangan terhadap bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang diarahkan mahkamah membayar RM10 juta kepada bekas pengarah Realmild Sdn Bhd, Datuk Khalid Ahmad adalah bertujuan ‘menyelamatkan’ dana Umno-Barisan Nasional yang hampir terlepas dari tangan mereka.
Justeru medan mahkamah digunakan untuk ‘mengambil’ semula hak mereka itu di samping memberikan gambaran kepada rakyat, merekalah kerajaan paling jujur yang sanggup menghapuskan gejala rasuah tanpa memilih bulu.
Walaupun PAS bersorak gembira dengan kehadiran Rahman Maidin di dalam parti itu – hakikatnya di kalangan orang PKR (tahu dan faham dengan hati budi Rahman Maidin) – yakin bahawa ANWAR ada strategi khusus untuk bawa Rahman Maidin ke dalam PAS.
Anwar cukup maklum, kalau PAS setakat mempunyai pemikiran yang ada sekarang, Pakatan Rakyat tidak akan mampu bergerak jauh. PAS perlukan kalangan think-tank yang lebih liberal dan mampu untuk berdepan dengan cabaran realiti sebenar. Rahman Maidin akan memberikan pemikiran ekonomi yang lebih baik dan kehadapan.
Orang PAS patut tahu, Rahman Maidin memang budak Anwar buat sekian lama. Apakah dengan kemampuan dirinya sendiri, Rahman Maidin boleh duduk di MRCB? Semuanya dilakukan oleh Anwar.
Anwar tidak risau dengan kehadiran Rahman Maidin di dalam PAS. Rahman Maidin akan memberikan LEBIH peluang buat Anwar untuk buat placement di PP selepas PRU akan datang.
Sekiranya PAS menang lebih kerusi berbanding PKR di PP, Anwar masih mempunyai BUDAK SURUHAN sebagai Timbalan Ketua Menteri. Lebih mudah untuk dikawal dengan REMOTE CONTROL yang ada di Segambut.
PAS memang naif kalau Rahman Maidin nak selamatkan parti itu. Yang nyata, lebih jahanam.GA
No comments:
Post a Comment