Video terkini temuramah bersama warga Sungai Petani tentang khabar angin kononnya pergaduhan melibatkan Melayu dan India..Video ini jelas menunjukkan bahawa suasana di Sungai Petani sebenarnya aman dan Warganya menjalankan kegiatan harian seperti biasa..
Kepada PDRM Kedah MKP ucapkan tahniah diatas inisiatif mengeluarkan video ini yang jelas menceritakan keadaan sebenar di Sungai Petani...
Inilah gambaran sebenar suasana bandar Sg. Petani yang dikatakan huru hara. Semua warga Sg. Petani bebas bergerak ke mana sahaja tanpa rasa takut. Ini amat bertentangan dengan khabar angin yang mengatakan keadaan di Sg. Petani amat bahaya hingga ada yang mengatakan Sg. Petani telah diistiharkan darurat. Pihak Polis Kontinjen Kedah sekali lagi menasihati orang ramai agar tidak mempercayai sebarang berita negatif mengenai keadaan di Sg. Petani. Ibarat kata pepatah
' JANGAN KERANA GURUH DI LANGIT, AIR TEMPAYAN DICURAHKAN'
No comments:
Post a Comment