RAPID

Wednesday, December 19

PAS SUDAH MAIN BELAKANG ANWAR.....?


PAS adalah sebuah parti politik. Sebab itu ia juga menggunakan kaedah “risikan” untuk mendapat maklumat. Hakikat semakin ramai bekas pegawai kanan polis kini bersedia menjadi ahli dan calon PAS dalam PRU akan datang boleh membayangkan dari mana sumber maklumat begini mungkin diperolehi.

PAS mungkin berasa masih terlalu awal untuk mendedahkannya. Cuma apa yang ia boleh lakukan ialah melengahkan dahulu komitmen untuk menobatkan Anwar sebagai calon bakal Perdana Menteri hingga dapat dipastikan diterima menjadi calon dan menang di kawasan yang beliau bertanding. 
 
Atau, mungkin juga maksud PAS ialah, bahawasanya ia masih kurang pasti sama ada Presidennya, Haji Hadi mahu menjadi perdana menteri atau tidak. Sejak awal tahun ini lagi Hadi sudah menyatakan beliau tidak mahu aktif dalam politik, lebih-lebih lagi politik pilihanraya. Namun demi parti, beliau masih membuka ruang untuk tidak meninggalkan parti sebelum PRU 13.
 
Maka mungkin pemimpin-pemimpin masih menanti kepastian daripada presiden dahulu sebelum bersetuju untuk menobatkan Anwar sebagai perdana menteri. Jika Hadi tidak mahu baru tawaran dibuat kepada Anwar.
 
Atau, mungkin juga memang benar ada sebilangan besar pemimpin PAS dari kategori ulama yang tidak begitu selesa jika Anwar jadi perdana menteri. Mungkin pada pandangan mereka mutakhir ini komitmen Anwar terhadap perjuangan Islam (yang sebelum ini memikat hati PAS untuk duduk bersama dalam Pakatan Rakyat) sudah agak longgar.
 
Umpamanya, ketika PAS dan DAP berbalas hujah berhubung isu pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia jika Pakatan menang,  Anwar tidak pula mempamerkan sikap menyokong PAS. Ini menggusarkan ulama PAS. Sebab itu, agaknya, syor melantik Hadi menjadi perdana menteri disuarakan oleh wakil ulama!
 
Reaksi Anwar terhadap komitmen DAP amat pantas, Anwar mengumumkan beliau bersedia untuk menjadi alat politik DAP! Ini lebih mencurigakan PAS.
 
Atau, PAS berasa jika ia mengiktiraf Anwar sebagai bakal perdana menteri, maka ia akan mengakui dakwaan bekas Naib Presidennya, Datuk Hasan Ali bahawa PAS kini sudah diresapi oleh pengkagum Anwar atau Anwarinas, adalah benar?
 
Dan, kira-kira yang paling mengujakan semua ialah, adakah dengan tidak mahu membuat komitmen dalam isu siapa bakal perdana menteri ini, PAS sebenarnya mahu ada kebebasan untuk membuat pilihan lain, selepas pilihanraya.
 
Adakah PAS kini memikirkan jika berlaku apa yang dikatakan keadaan “parlimen gantung” ia masih boleh menimbangkan untuk sama ada meneruskan hubungan dengan PKR dan DAP atau tidak.
 
Sekiranya bersandarkan hujah demi perpaduan Melayu, kesejahteraan umat Islam dan kestabilan negara, tentu PAS boleh buat keputusan bekerjasama dengan Umno dengan maruah sedikitpun tidak tercalar. Malah sejarah akan membuktikan bahawa PAS adalah parti yang mempunyai roh dan pendirian Islam yang perkasa. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive