Saturday, December 15

ANJING DAP DIARAHKAN BURUKKAN NAMA DUA "M" PKR...?


Dua Exco berbangsa Melayu di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dikritik oleh Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) kerana dilihat telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam membela nasib lebih 600 ribu orang Melayu di negeri itu.
 
Exco yang dimaksudkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman dan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.
 
Menggelarkan kedua-duanya sebagai ‘Double M’, Presiden KMPP, Rahmad Isahak turut melahirkan rasa kecewanya terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memantau perkembangan kedua-dua anak buahnya itu di dalam pentadbiran negeri, apatah lagi beliau sendiri merupakan anak jati Pulau Pinang.
 
“Apa yang terjadi hari ini ialah kita hanya mempunyai dua orang ahli Exco (Melayu iaitu) daripada parti PKR yang saya gelarkan mereka ini sebagai ‘Double M’ iaitu Mansor dan Malik Kassim.
 
“Dia (Anwar) ini banyak kelibat dia di peringkat pusat. Dia mengharapkan dua Exconya di Pulau Pinang, tetapi pemantauan agak kurang. Sepatutnya dia kena beri kelebihan kepada anak Pulau Pinang, dia juga anak jati Pulau Pinang, dia kena bagi kelebihan di sini. 

Berpendapat keadaan bertambah baik sejak Pakatan Rakyat (Pakatan) mengambil-alih pentadbiran negeri pada 2008 daripada Barisan Nasional (BN), Rahmad bagaimanapun menegaskan sikap sambil lewa Mansor dan Malik yang tidak bertanggungjawab hanya akan merugikan orang-orang Melayu di negeri itu.
 
Menurut beliau, walau sebanyak mana sekalipun peruntukan disediakan kerajaan negeri yang diketuai DAP itu kepada umat Islam dan Melayu, ia tidak membawa sebarang erti sekiranya tidak diimplementasikan.
 
“Perbezaan itu saya rasa dalam tempoh empat tahun yang pertama ini, satu perbezaan yang kita nampak di sini ialah dari segi peruntukan kepada Majlis Agama Islam (iaitu) lebih daripada 100 peratus apa yang diberikan (BN).
 
“Tetapi persoalannya sekarang ini, kita nak tanya juga kepada Exco yang bertanggungjawab soal agama ini, peruntukan yang begitu banyak ke mana perginya? Disalurkan untuk projek dalam bentuk yang bagaimana?
 
“Tak guna juga kalau peruntukan sampai RM30 hingga 40 juta setahun, DAP boleh bagi tapi Melayu tak boleh nak implementasikan,” tegas beliau.
 
Menurutnya lagi, hingga kini tidak ada walau satu masjid sekalipun di negeri itu yang dipulihara samada dengan menggunakan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri ataupun wang zakat.
 
“Sampai ke hari ini kita tak nampak ada masjid yang dicat semula dengan menggunakan peruntukan yang diberikan atau peruntukan duit zakat. Apa salahnya setiap tahun, masjid yang lusuh, daif, dinaiktaraf. Setidak-tidaknya dicat semula..,” katanya.
 
Menegaskan dirinya tidak berkecil hati dengan Anwar, namun beliau sedikit kecewa memandangkan sehingga kini usahanya untuk bersemuka dengan ketua pembangkang di Dewan Rakyat itu bagi memberitahu dengan sendiri bahawa kedua-dua Exco dari partinya itu tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, tidak berjaya.
 
“Saya tak marah Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya cuba nak berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun saya kerdil, saya nak katakan di Pulau Pinang dua Exco dia tak kerja. Tapi saya tak diberi kesempatan untuk jumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” luah beliau.AP

MKP ayat sempoi : Taktik DAP ialah arahkan Melayu untuk burukkan Melayu didalam PKR supaya bergaduh dengan cara ini barulah dapat kawal semuanya...Didalam politik teknik "Break And Rules" ini dah lama dipratikkan oleh DAP....Guan Eng masih menyimpan dendam pada Mansor keran mengelarkan Beliau Tokong Crocky Erogan........Malik Itik nie macam Badut dan kurang menonjol diarena politik....Kurang "Fear-Factor"pada UMNO membuatkan kurang disenangi oleh DAP/Guan Eng..Yang bodoh siapa tentu kuda belang sorang nie baru dapat Projek dari DAP pasal tue bercakap macam Ayam Jantan.....



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive