Monday, December 31

HADI AWANG HINA CIKGU MADRASAH....?


Pengarang buku Airmata Memali dan Kafirkah Aku, Cikgu Non al-Afghan dihina oleh Hadi Awang. 

Kata Hadi "Dia cikgu sekolah rendah sahaja, mengajar A, B, C sahaja dan tak layak untuk komen amanat saya". 

Cakap Hadi seolah-olah menafikan peranan Cikgu Non yang berusaha keras membangunkan madrasah dan menjadi guru di Madrasah Kg Memali. 

Pun begitu , kita berharap Hadi Awang berani berdepan dengan Cikgu Non di TV3 atau RTM. 

Tahniah kepada menteri yang membenarkan Hadi Awang masuk TV untuk menjawab isu " "Amat Hadi 1981". 

Banyak baiknya jika pembangkang diberi peluang masuk TV. 

Pertamanya ialah rakyat boleh lihat dan nilai sendiri tahap mana ideologi mereka. Setakat hari ini semua parti pembangkang tak diberi peluang ke udara melalui tv dan radio. 

Selama ini hanya pihak BN saja yang diberi peluang untuk bercakap dalam tv atau radio dan ini memberikan peluang kepada pembangkang untuk mengkritik medium tersebut. 

Lihat sahaja Azhar Idrus, ustaz popular dikalangan orang Pas dan Youtube kini berpeluang dan diberi ruang dalam Astro. 

Jika dahulu hanya peminat fanatik dia saja yang mengikuti perkembangan beliau, kini seluruh rakyat Malaysia berpeluang mengikuti kuliahnya di kaca tv. 

Cuma bila diberi peluang masuk TV, Azhar Idrus menjadi baik sikit, tidak lah celupar seperti kita tengok dalam Youtube. 

Dok tunggu juga bila Azhar Idrus nak laserkan BN, nak laserkan Umno dan sebagainya. Pandai pula dia rasa takut bila berdepan dengan jutaan penonton. 

Masih ingat Abuya Al-Arqam diberi peluang menjawab dalam RTM, naik berbuih mulutnya bila berdepan dengan Pusat Islam ketika itu. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive