RAPID

Thursday, December 6

GUAN ENG ENGGAN BERDEBAT TAKUT TEMBELANGNYA PECAH...



KENYATAAN AKHBAR KP UMNO PP RESPONS KEPADA KENYATAAN LGE YANG 
ENGGAN BERDIALOG BERDASARKAN KENYATAAN AKHBAR ANDREW YONG, 
PEGAWAI KHAS LGE.

Seperti biasa LGE telah memutar belit isu dan cuba tukar topik dengan mengaitkan isu2
lain dan juga individu2 lain yang tidak ada kaitan langsung dengan “skandal rasuah taman
manggis.”

Saya bersama Hng telah mengatakan bahawa LGE telah menerima rasuah bukan “wang
rasuah” seperti yang dijelaskan oleh Andrew Yong.  LGE juga perlu tahu bahawa rasuah juga
merangkumi skop “penyalahgunaan kuasa” dan “pecah amanah”.



Persoalan Banglo Mewah yang disewa oleh LGE daripada salah seorang pengarah berkepentingan dalam Kumpulan KLIDC masih belum terjawab.

Kenyataan bahawa KLIDC telah diterima kerana tawaran harga paling tinggi juga adalah bukti
bahawa LGE telah menyalahgunakan kuasanya untuk membenarkan pembinaan HOTEL
19 tingkat diatas hospital pakar. Ini adalah kerana tiada kenyataan bahawa penender lain
dibenarkan membina HOTEL dalam proses tender.

 Jelas berlaku Penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam proses tender. Kenyataan ini telah berulangkali dikemukakan kepada LGE tetapi dia masih mendiamkan diri.

Mengenai kononnya LGE mempunyai komitmen politik untuk menghapuskan rasuah juga
adalah retorik politik dan gimik politik LGE untuk PRU13.

Mengenai Retorik Tender Terbuka pula, saya boleh buktikan dengan fakta dan undang2
bahawa hampir kesemua Tender Terbuka yang dilaksanakan oleh LGE melalui CMI
termasuk tender Skandal Taman Manggis tidak memenuhi prasyarat Proses Tender Terbuka
berdasarkan undang-undang.

Gimik untuk menipu rakyat paling hebat kerajaan negeri DAP adalah  “PENGISTIHARAN
HARTA” LGE dan rakan2 exconya. Ini adalah kerana manusia paling kaya didunia pun dapat
mengistiharkan TIADA HARTA jika diberi masa tiga tahun untuk mengistiharkannya dan Tiada
pula pengistiharan harta keluarga dan syarikat mereka yang menjadi persoalan utama.

Kenyataan bahawa saya enggan minta maaf sebelum ini telah saya perjelaskan kerana didapati
bahawa video majlis DAP tersebut telah dipalsukan sepertimana video anwar Ibrahim. Jika DAP
berkata bahawa  video anwar Ibrahim boleh dipalsukan maka sudah pasti DAP mampu
memalsukan video lain juga.

Akhir kata, ternyata dan terbukti bahawa LGE TAKUT dengan bukti dan cabaran dialog yang
akan diadili dalam  MAHKAMAH RAKYAT oleh  MEDIA. Kenyataan LGE bahawa dia akan
buktikan di mahkamah juga adalah untuk mengelak daripada rakyat mengadili dia sebelum
PRU13.

Saya berharap Rakyat Pulau Pinang dapat menghukum LGE dalam PRU13.

Sekian.

IR.DR.SHAIK HUSSEIN B. MYDIN

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng memang panas sekarang nie,Kesian dulu pernah cabar PM berdebat tapi dengan Ketua Pemuda UMNO pun tak lepas apa cerrr toq,,,,

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive