Tuesday, December 18

SAMAN AES DIKAJI SEMULA...TAHNIAH MAHFUS BEAN....

Lawak tahap gampang bila Mahfus dok mengaku dengan mengatakan bahawa penangguhan saman AES bakal dikaji semula.Riuh sekampung Mahfus nie...Tapi bukan Mahfus atau pun KASE punya kerja tapi sebaliknya PEMUDA UMNO yang telah menyerahkan Usul berkenaan tempoh hari pada DS Najib Razak...

Berikut Adalah MEMORANDUM yang telah diserahkan tempoh hari...Pada PAS,Mahfus Bean dan KASE tok sah dok perasaan baguih.....Cemuih dah MKP dengan nama YB yang tak tahu malu nie...

MENGGESA KERAJAAN MENANGUHKAN PELAKSANAAN AES DAN MEMBATALKAN SEMUA SAMAN AES.
 
MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN AES SEHINGGA RAKYAT BERPUAS HATI BAHAWA AES DILAKSANAKAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN MAUT BUKANNYA MENGUTIP WANG KOMPAUN.
 
Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan PERLU melakukan empat perkara berikut:
 
Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 
 
Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.
 
Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.
 
Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun,  kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.
 
Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.
Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.
 
Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.
 
Kami berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive