RAPID

Sunday, December 23

SIAPA PULAK BAGI ANUGERAH ARTIS SABAH NIE....?

Korang pecaya tak lepas nie mesti ada pihak yang bakal menaguk diair yang keruh menyatakan ini adalah usaha mereka...Jarang sekali artis dari Sabah nie diberi penghormatan sebegini rupa der..

Bagus jugak lah hasil dari usaha seorang EXCO Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia.Saudara Jamawi Jaafar nie.Kalau tidak dipecahkan ruyungnya masakan pulak dapat merasa hasil sagunya tak gitu bah....

Tahniah Buss dari MKP kerana usaha yang keras tanpa mengenal putus asa.Kejayaan ini bakal memartabatkan muzik dan lagu dari Sabah..Ini adalah satu kejayaan untuk menampilkan lagu usaha Tranfomasi 1Malaysia yang dibawa oleh DS Najib Razak...

Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya majlis 'Anugerah Artis Sabah' yang julung kali diadakan mampu membawa perkembangan pesat terhadap bidangseni muzik, nyanyian dan perfileman tempatan.

Sambil menyokong usaha itu, Rais berkata inisiatif Persatuan Rumpun ArtisSabah (PARAS) menganjurkan anugerah itu wajar disokong semua pihak bagi memberiruang dan peluang memartabatkan golongan artis di negara ini.

"PARAS harus meneruskan usaha murni ini sejajar dengan kedudukannya yang terdiri daripada kepelbagaian suku kaum di negeri ini dan Sabah benar-benar mengamalkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Rais turut mengucapkan tahniah kepada PARAS kerana berjaya merealisasikan majlis seumpama itu bagi menghargai bakat dan sumbangan artis Sabah yang banyak berjaya di peringkat negeri malah negara dan antarabangsa.

Pada majlis itu, penyanyi tersohor dengan lagu 'Anak Kampung', Jimmy Palikat dianugerahkan sebagai Penyanyi Lelaki Pilihan dan Clarice John Matha sebagaiPenyanyi Wanita Pilihan.

Sementara itu, Pelakon TV Pilihan dianugerahkan kepada Marsha Milan Londoh dan penyanyi serta pelakon yang juga presiden PARAS Abu Bakar Ellah dikurniakan Anugerah Bintang Seniman Kinabalu.

Sebanyak 30 anugerah dalam empat kategori utama iaitu Anugerah Pilihan,Anugerah Pencapaian, Anugerah Khas dan Anugerah Bintang Seniman Kinabalu diberikepada pencapaian artis negeri ini sepanjang tempoh 2002 hingga tahun ini.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah Abdul Jailani Mahmud dan Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul.- BERNAMA


MKP Ayat Sempoi : Lagu nie memang mantop hingga menjadi siulan anak muda.Layak dan tak dapat dinafikan lagi patut dapat anugerah....


1 comment:

::aMaD:: said...

ingat ke wawa zainal td. itu ex saye tuh!kekekeke. just kidding.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive