Tuesday, December 4

POLITIK PERLU ADA KASIH DAN SAYANG....




Umno perlu melawan semula politik benci membenci yang cuba diterapkan oleh sesetengah parti politik dengan politik kasih sayang. Kita menegur dan membantah orang lain kerana kasih kita kerana Allah dan benci kita kerana Allah. Sabda Nabi SAW di dalam hadis,




أَوْثَقُ عُرَى الْإِيْمَانِ الْحُبُّ فِي اللهِ وَالْبُغْضُ فِي اللهِ 
Ertinya: “Ikatan iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (riwayat Ath-Thabarani dan dihasankan Asy-Syaikh Albani dalam Ash-Shahihah no. 998)


Adakah jentera UMNO akan bergerak seperti yang diharapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lalu?


Perhimpunan kali ini nampak lebih tersusun dan lebih fokus kepada memanaskan suasana pilihan raya umum (PRU). Ia berakhir dengan penuh emosi, menyuntik semangat baru untuk menyatakan kesetiaan kepada parti bagi meneruskan perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.


Perhimpunan ini juga sedikit sebanyak telah mendedahkan wajah sebenar Pas, begitu juga dengan DAP dan PKR. Masih banyak kepincangan Pas, DAP dan PKR perlu didedahkan untuk dijadikan senjata menghadapi penyokong-penyokong tegar pakatan itu.


Sekarang adalah masa untuk anggota UMNO menunaikan ikrar dan janji yang telah dibuat sepanjang perhimpunan itu.


Inilah tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebaik sahaja perwakilan UMNO dari Perlis hingga ke Sabah meninggalkan Dewan Merdeka


Tugas perwakilan yang dipilih untuk duduk di dalam dewan itu bukan sekadar untuk bercakap, mendengar amanat, bertepuk tangan atau menitiskan air mata terharu mendengar hujah perwakilan. Tugas mereka yang lebih besar adalah menghayati segala pesanan yang dibuat oleh pemimpin dan terjemahkannya dalam bentuk tindakan kerja yang lebih bersungguh-sungguh apabila pulang ke kawasan masing-masing.


Setiap pimpinan bahagian perlu bertanya diri sendiri adakah mereka bersedia menghadapi jentera pakatan DAP, Pas, PKR yang berjaya mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008?


Jika setiap anggota berpegang kepada moto, slogan atau lagu UMNO iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, sudah tentu pemimpin tidak perlu mengulangi ingatan berkaitan kesetiaan ini.


Begitulah pentingnya semangat bersatu, bersetia dan berkhidmat dalam menghadapi PRU akan datang. Semangat ini tidak boleh dibiarkan sekadar menjadi slogan.









No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive