Showing posts with label hadi awang. Show all posts
Showing posts with label hadi awang. Show all posts

Thursday, February 28

ANWAR MULAKAN SERANGAN TERHADAP HADI AWANG..........


Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. 

Thursday, February 7

ZUHUD LA KUNUN PENYAMUN PUNYA HADI AWANG.....?


Pernah tak korang tengok ahli bomba macam nie...Ini hanya ada bila PAS berkuasa kelak...Nak tunjuk zuhud la konon tapi tak kena cara dan gayanya..Nie semua berlakon aje nak simpati pasal kebakaran dah habis hanya tinggal kayu aje...siap pakai timba warna hijau lagi nampak sangat penyamun nie berlakon tahap gaban punya...

Takziah diucapkan kepada semua... pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Ayah Chik meninjau keadaan kebakaran asrama bersama anggota Polis....






Saturday, February 2

HADI AWANG MEMANG "SIAL" MEMALUKAN ORANG TERANGGANU..........?


Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri. 

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?  

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.


Tuesday, January 1

SIKAP MENGKARONG PAS MAKAN DIRI SENDIRI


Pada 1981 'Amanat Hadi' dikeluarkan bagi menghalalkan PAS mengkafirkan seteru politiknya, Umno lantaran parti dominasi Melayu itu dikatakan mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah sebagai asas perjuangannya.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu merupakan antara pemimpin pelapis PAS turut meyakinkan pengikutnya bahawa perjuangan menentang Umno adalah jihad dan mati mereka adalah syahid.

Monday, December 31

HADI AWANG HINA CIKGU MADRASAH....?


Pengarang buku Airmata Memali dan Kafirkah Aku, Cikgu Non al-Afghan dihina oleh Hadi Awang. 

Kata Hadi "Dia cikgu sekolah rendah sahaja, mengajar A, B, C sahaja dan tak layak untuk komen amanat saya". 

Cakap Hadi seolah-olah menafikan peranan Cikgu Non yang berusaha keras membangunkan madrasah dan menjadi guru di Madrasah Kg Memali. 

Saturday, December 29

@DrRaisYatim BERI PELUANG PADA HADI AWANG JELASKAN AMANATNYA DI RTM...


Dasyat sungguh depa nie minta aje apa yang korang nak? Lepas tue Menteri Penerangan dah kasi korang green light pulak live jelaskan amanat yang telah memesongkan akidah umat Islam di Malaysia...Korang boleh baca kat sini KLIK 

Lepas nie puak PAS jangan pulak salahkan UMNO/BN...Bila kasi korang betis nanti korang nak peha pulak lepas paha apa benda pulak korang nak minta...

Lepas nie mesti blogger pencacai PAS puji tindakkan DS Rais Yatim nie...Musim cuti macam nie lebih baik MKP rilek dan tenangkan fikiran.


Friday, December 21

SAH HADI AWANG MASUK NERAKA BEB?

Perpecahan masyarakat yang amat dahsyat rentetan Amanat Haji Hadi melatari kehidupan kanak-kanak dan remaja saya di Kampung Darau yang terletak di Besut, Terengganu.

Amanat itu menyebabkan majlis kenduri perkahwinan kakak sulung saya pada 1985 diboikot oleh saudara terdekat dengan alasan sembelihan orang UMNO haram dimakan.

Saya juga pernah membaca surat daripada seorang sahabat kakak kedua saya yang merintih dia dinikahkan dua kali. Kali pertama oleh imam kerajaan dan kali kedua oleh imam Pas lantaran fahaman politik keluarga yang berbeza.

Tuesday, November 20

HADI JADI NELAYAN BUKAN PM........KE-7...

Ahli PAS mahu Hadi Awang jadi PM ke-7 tapi bila kena sergah dengan Abang Besar DAP...Kencing dalam seluaq pulak.....sudah tukar der nak jadi Nelayan bertaraf PM pulak....Macam mana nak kelasikan Nelayan bertaraf PM nie der........

MKP rasa DAP akan bagi semua Elaun PM pada Hadi sebagai Nelayan Bertaraf PM nie der....Lawak dah jadinya Hadi Awang nie.....Tapi kalau bagi Elaun sebanyak 55ribu sebulan sanggup jugak Hadi Awang nie jadi Nelayan...Tak payah pikir bebanyak pasal masalah Negara janji Masyukkkkkkk Korang nak jual negara pun lantak pi lah..........Yang penting Hadi Awang boleh menjala ikan sepanjang hari......


Friday, June 29

Adakah DAP pembunuh Melayu Memali?


Lim Guan Eng mengungkit peristiwa berdarah Memali sebagai bukti kerajaan BN yang diterajui Melayu lah yang membunuh orang Melayu. DAP dan PAS pula tidak pernah mencedera atau membunuh orang Melayu. Sekilas kenyataan tersebut diucap LGE terfikir saya secara logik tindakkan tersebut tidak mungkin dapat dilakukan mereka (DAP & PAS) selagi mereka tidak menjadi kerajaan dan menguasai PDRM dan ATM. Jika mereka menguasai kerajaan sudah tentulah tindakkan yang sama akan dilakukan mereka demi menjaga keamanan Negara. Bagi saya ini adalah cubaan LGE melagakan kaum Melayu dengan kenyataan yang dangkal...

VIDEO HADI AWANG PENYEBAB PERISTIWA BERDARAH MEMALI?



Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Seterusnya KLIK

Friday, February 17

VIDEO HADI AWANG PENYEBAB PERISTIWA BERDARAH MEMALI?




Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh lepas tangan  melainkan memperbetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Tindakan Presiden Pas itu yang berhasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya umum akan datang, tidak bermakna Abdul Hadi sudah boleh lepas tangan dengan amanat yang yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut.

MKP KATA:MB TERANGGANU KATA PAS PARTI AJARAN SESAT MEMANG TEPAT SEKALI 

Saturday, February 11

HADI DAH MULA MAKI ANWAR?



Selain isu hudud, Pas hari ini menyerlahkan seperkara lagi di mana parti itu bercanggah pendapat dengan parti komponen Pakatan Rakyat – konflik Palestin-Israel, yang sekali gus  meletakkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang silang pendirian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Dalam blognya hari ini, Presiden Pas itu berkata partinya tidak dapat menerima pengiktirafan Israel sebagai syarat menamatkan kezaliman di Palestin kerana adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan keselamatan Israel harus dilindungi dengan syarat negara itu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin.
 
Hadi menegaskan pihaknya hanya mengiktiraf satu negara Palestin manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Tidak dapat dipastikan kenapa Hadi memilih sekarang untuk menyatakan pendirian parti itu dan tidak jelas setkat ini  kesan kenyataan itu ke atas hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam Pakatan.
 
Adalah difahamkan bahawa DAP juga bersetuju terhadap pengiktirafan Israel sekiranya hak rakyat Palestin dilindungi daripada kekejaman Zionis.
Malaysia adalah penyokong utama usaha memartabatkan rakyat Palestin di luar bumi Arab dan telah memberi pelbagai sokongan termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan penduduk di situ.
 
Pendirian bercanggah terhadap isu Palestin di antara Anwar dan Hadi membuka jendela untuk mengintip masalah menetapkan dasar-dasar luar negara yang mungkin berlaku sekirannya Pakatan memegang kuasa pada pilihanraya umum ke 13.
 
Sehingga sekarang, Pas, PKR dan DAP gagal untuk menangani isu perlaksanaan hukum hudud yang dituntut oleh Pas. Parti itu Cuma bersetuju dengan DAP dan PKR untuk tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada manifesto bagi menghadapi PRU 13.
 
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akur kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, tetapi menegaskan Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

"Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi  sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh," katanya lagi.

Hadi berkata, bumi Palestin adalah antara tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.

Menurut Abdul Hadi, negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi.

"Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua bagi mengotakan Perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh Yahudi, sejak Perang Dunia Pertama lagi," kata Hadi.

"Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia.Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka," tambah beliau.

Abdul Hadi berkata adalah perkara wajib untuk ummah membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, dan penerimaan Israel melanggar prinsip itu.
 
"Haram menerima kewujudan negara haram," katanya.AP

MKP KATA BILA PULAK HADI AWANG BAKAL DIPECAT DARI PAS

Friday, February 10

VIDEO RAHSIA : KEKEJAMAN PAS TERANGGANU! HADI AWANG MASIHKAH KAU INGAT.





PETIKAN BLOGGER PAS

Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

DI ATAS TU CERITA DI TAHUN 1981

Hari ini, 11/12/2011 hadi awang lancarkan buku “negara berkebajikan : tawaran pas”. boleh rujuk berita yang dipaparkan dalam lawan web propembangkang http://malaysiakini.com (kebelakangan ini web site ini pro dap dan pkr sahaja. pas sendiri kena hentam)
Hadi awang hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.
Apa sudah jadi pas sekarang ini. nak berkebajikan pulak. dulu amanat sekarang dah jadi cilanat. kafir bila berkompromi dgn kafir dalam politik. sekarang dia jilat balik ludah dia sendiri..haiya.. wa jugak ada untung lo…


Friday, February 3

Hadi Awang akan Kalah Di Marang?


Terjawap persoalan Hadi Awang tidak mahu bertanding pada PRU13,meninjau program lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Marang, Terengganu petang tadi.
Marang adalah kawasan parlimen yang dikuasai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dimaklumkan, daripada beberapa siri bertemu rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri setakat ini, jumlah kehadiran rakyat di Marang ini adalah yang tertinggi sekali - dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut.
Menurut Bernama, ketibaan Najib di lapangan terbang sahaja disambut lebih 1,000 orang yang menunggu sejak dari pagi. dikhabarkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Najib dan Barisan Nasional (BN).
Kenyataan ini adalah sama sekali berlawanan dengan tanggapan pembangkang selama ini bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri.
Kebetulan pula, Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti.
Adakah Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?
Kalau pun benar Haji Hadi akan tewas di Marang, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.  Pada yang tidak tahu, Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004.  Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis,  350 undi sahaja.
Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.
Pada 1986, BN memperolehi momentum kuat apabila Gerakan (asal pembangkang yang menguasai Pulau Pinang) menyertai BN, manakala pada 2004 pula disebabkan oleh faktor peralihan pucuk kepimpinan negara dari tangan Tun Mahathir kepada Tun Abdullah.
Berbeza dengan kali ini, bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden PAS, terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Rakyat.
Haji Hadi  dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan Bersih dan sebagainya.  Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik.

Tuesday, January 31

Hadi Awang Dah Meluat Dengan Pakatan Rakyat.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat.

Nakhaei menegaskan Presiden PAS itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

“Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara.

“Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum ke-13 kelmarin dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan-rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

UMNO mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Dr Hasan Ali”, jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Bekas Exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyokong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyokong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Tambah Nakhaei, beliau juga tidak menolak kemungkinan Hadi membuat pendirian itu semata-mata mahu melihat tahap sokongan anggota parti dan Pakatan Rakyat terhadap perkara itu.

Jelas beliau, Hadi mengambil langkah itu kerana bimbang pengaruhnya dalam parti Islam itu semakin berkurangan ekoran ia dibarisi majoriti golongan profesional.

“Saya ingat ia ada tujuan, satu sebab nak lihat sejauh mana pengaruh beliau dalam parti sebab dalam PAS sekarang golongan liberal berkuasa dan mana-mana ahli politik kena ‘test market’ untuk lihat masih ada sokongan atau tidak.

“Kalau masih ada sokongan, Hadi akan tarik balik tapi kalau tiada sokongan mungkin dia serius untuk tarik diri namun saya rasa golongan liberal dalam PAS akan terus beri sokongan kepada Hadi kerana mereka belum begitu kukuh dan perlukan masa untuk mengambil alih kepimpinan parti,” katanya.

Sementara itu Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 – MI

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive