Sunday, December 2

Jangan Jadi Batu Ronson Untuk UMNO.


Perhimpunan Agong UMNO telah melabuhkan tirainya semalam para perwakilan akan pulang ke bahagian dan kawasan Parlimen masing-masing membawa amanat untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya yang bakal menjelang tiba.

Riuh rendah perwakilan sejak Khamis lalu dari seluruh negara kecuali Sarawak bermakna telah sedia menghadapi pilihan raya.

Mandat BN akan berakhir pada bulan April depan iaitu empat bulan dari sekarang.



Datuk Seri Najib Tun Razak walau tidak lekang dengan senyuman namun sedar pilihan raya akan datang ini menentukan hidup mati Umno.

Perdana Menteri dan pimpinan parti telah melakukan segala-galanya untuk memastikan kemenangan BN, bukan saja mengembalikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen tetapi juga merampas Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

BN kehilangan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada pilihan raya 2008, manakala Kelantan sejak 1990.

Jika dilihat secara menyeluruh, Umno tidak menghadapi sebarang kecacatan dalam menghadapi mana-mana pilihan raya sekali pun.

Umno mempunyai ahli terbanyak iaitu sekitar tiga juta orang mengatasi mana-mana parti sekalipun. Malah gabungan DAP, PAS dan PKR tidak mampu menandingi jumlah ahli Umno.

Bagaimanapun, dalam perang moden tentera yang ramai bukan penentu kemenangan.

DS Najib tentu sudah mempunyai senarai calon-calon yang memiliki faktor kemenangan untuk pilihan raya; jentera yang tersusun serta pengalaman.

Namun, beliau mungkin tidak boleh menyekat sabotaj dalam pilihan raya sebagaimana yang pernah dilaporkan berlaku kepada calon Umno di beberapa tempat tertentu.

Sabotaj atau khianat merupakan musuh dalam selimut yang bukan saja menyebabkan calon kalah tetapi juga kemusnahan Umno.

Sabotaj ini boleh berlaku bila-bila masa masa dan tidak mengenal tempat.

Tetapi ia mudah berlaku di kawasan yang mana peluang Umno untuk menang.

Ia berlaku kerana masing-masing hendak menjadi calon kerana menyedari kemenangan terbentang luas di depan mata.

Kerana kemenangan menjanjikan kemewahan, kuasa dan sanjungan, sabotaj di kalangan ahli Umno ini tidak boleh dipandang ringan.

Meskipun Najib berkali-kali mengingatkan hal ini, bukan bermakna ia tidak akan berlaku lagi.

Mereka yang khianat sahaja yang sanggup melakukan sabotaj kepada parti.

Jika khianat ini tidak berlaku dalam pilihan raya ke 13 ini, Umno mampu menang besar walau pun ia tidak semudah yang disangka.

Kini pilihan di tangan orang Umno sendiri. Sabotaj parti mungkin keseronokan sendiri tapi akan menyebabkan parti tersembam dan hilang kuasa.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive