exponegaraku

Monday, May 7

LGE CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT BERKENAAN HARGA TANAH BAYAN MUTIARA


Pemuda UMNO pulau pinang amat kecewa dengan sikap LGE yang masih cuba mengelirukan rakyat dan terus memesongkan rakyat berkenaan isu harga tanah bayan mutiara. Terbaru adalah pengakuan LGE bahawa harga tanah yang dijual kepada pemaju adalah lebih baik daripada harga penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta (JPPH) Georgetown. 

LGE telah memaklumkan bahawa nilaian JPPH adalah RM65 sekaki persegi manakala harga yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah RM200 sekaki persegi dan harga yang diperolehi daripada pemaju adalah RM240 sekaki persegi yakni jauh lebih bagus daripada harga penilaian JPPH. Kenyataan ini sebenarnya adalah kenyataan yang mengelirukan rakyat pulau pinang dan cuba menutup kesalahan kerajaan negeri DAP dalam hal penjualan tanah tersebut.

Penilaian JPPH telah dibuat pada 14/9/2009 dan surat kepada pejabat ketua menteri telah dihantar kepada pejabat ketua menteri pada 5 November 2009 no.rujukan surat PKM:JPPH/01540109 yang ditandatangani oleh Penilai Daerah iaitu Zuraidar Husin telah menyatakan harga antara RM 65 ke RM 83 sekaki persegi untuk pegangan tanah kekal. Untuk pegangan tanah pajakan 99 tahun pula harga yang dinilai adalah antara RM60 ke RM 77 sekaki persegi.Namun begitu surat tersebut juga telah menyatakan bahawa penilaian telah dibuat berdasarkan 4 perkara berikut iaitu:

1.Penilaian untuk tanah sahaja.
2.Nilaian adalah berasaskan kegunpaan tanah kosong tanpa Infrastruktur dan mengikut kegunaan iaitu untuk pembangunan bercampur dan komersil.
3.Pegangan hakmilik tanah adalah kekal dan pajakan 99 tahun.
4.Nilaian adalah sah untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Pada 7/4/2010 yakni setelah tamat tempoh sah 6 bulan penilaian daripada 14/9/2009, kerajaan negeri telah menetapkan harga rizab bagi tender tersebut pada RM200 sekaki persegi. Tender tersebut pula ditutup pada 31/12/2012 yakni setelah hampir 16 bulan daripada tarikh penilaian pada 14/9/2009. Dengan mengambilkira kepesatan pembangunan yang terlalu drastik di Pulau Pinang dan kadar harga tanah yang meningkat setiap hari di Pulau Pinang adakah harga rizab RM200 sekaki persegi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri DAP tanpa disokong oleh sebarang penilaian boleh diterima pakai.

Untuk makluman,kerja2 infrastruktur untuk keseluruhan pembangunan bayan mutiara telah disiapkan.Kononnya pula pemaju telah menawarkan harga yang lebih baik iaitu RM240 sekaki persegi boleh dijustifikasi dan perjanjian pula hanya ditandatangani dengan pemaju pada 11/11/2011 pada kadar harga RM240 sekaki persegi yakni selepas 26 bulan selepas tarikh penilaian. Manakala pembayaran pertama 2% yakni sekadar 20 juta lebih untuk tanah yang bernilai 1.1 billion hanya diterima pada februari 2012 yakni 29 bulan dari tarikh penilaian.

Bukankah rakyat pulau pinang akan lebih untung jika penilaian yang lebih tepat dan baru dibuat pada tarikh perjanjian jual beli iaitu pada 11 November 2011.Hakikatnya LGE telah mengelirukan rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Pulau Pinang telah dikhianati dengan kepercayaan yang telah diberikan kepada KetidakCekapan, KetidakTelusan,KetidakAkauntabel Kerajaan Negeri DAP.

Ir.Shaik Hussein Mydin, KP UMNO Pulau Pinang

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive