Thursday, March 15

GUAN ENG TIPU LAGI RAKYAT PULAU PINANG?



MKP merujuk kepada keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk membenarkan sebuah syarikat asing untuk membina sebuah kilang untuk menghasilkan panel solar (photovoltaic) dan komponennya di Batu Kawan.

Pada 9 Mac, 2012, BOSCH Solar Energy telah dilaporkan membayar RM11.6 juta sebagai 20% bayaran pendahuluan bagi pembelian tapak kilang 32.3 hektar di Batu Kawan. (Sumber: The Star 9 Mac, 2012)

Pada tahun lepas, sebuah kilang di negara China yang juga menghasilkan panel solar (photovoltaic) dan komponennya telah menerima bantahan dari ramai penduduk tempatan.  Ia telah dilaporkan bahawa kilang sedemikian telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar, termasuk pencemaran sungai dan udara di persekitaran kilang tersebut. (Sumber:The Guardian 18 September, 2011) 



MKP setuju bahawa penggunaan solar untuk menjana elektrik merupakan suatu sumber tenaga yang bersih dan tidak menjejaskan alam sekitar.  Tetapi ia juga merupakan fakta bahawa proses menghasilkan panel solar (photovoltaic) dan komponennya mempunyai kesan buruk terhadap alam sekitar. 

Dalam hal ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu berterus terang dengan rakyat apakah kesan-kesan alam sekitar yang mungkin dialami akibat kilang penghasilan solar panel (photovoltaic) yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Beliau juga harus memperjelaskan apakah langkah yang bakal diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mengelak pencemaran alam sekitar seperti yang telah berlaku di negara China akibat kilang solar panel (photovoltaic) sedemikian. 


MKP Ayat Sempoi : Masih menunggu jawapan si lidah bewak?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive