Friday, March 16

JIKA SHANGRI-LA TIDAK TERLIBAT, SAMAN SAHAJA @rafiziramli ! @NajibRazak


Rafizi , Pengarah huru-hara PKR , kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana. 
Dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu. Dokumen tersebut boleh dirujuk disini.
Sebutharga, dalam apa keadaan sekalipun tidak membayangkan kos sebenar penganjuran sesuatu Majlis.  Kos sebenar dicatat dalam tuntutan bil kepada pelanggan.


Logiknya juga, dalam apa-apa kes sedemikian, untuk membuktikan bahawa wang kerajaan Malaysia digunakan untuk membiayai majlis seperti ini, dokumen biasa dalam urusan pembelian oleh kerajaan seperti LOA dan sebagainya perlulah ditunjukan, yang mana gagal dilakukan Rafizi.
Satu pertunjuk bahawa Rafizi berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan invois pembayaran perbelajaan pertunangan anak gadis Perdana Menteri dari seorang pekerja Hotel Shangri-la,Kuala Lumpur yang didakwa dibayar menggunakan wang kerajaan. 
Identiti pekerja hotel Shangri-la yang memberi maklumat kepada Rafizi akan didedah sedikit masa lagi kerana MKP mahu melihat bukti sahih dari Rafizi terlebih dahulu kononya beliau mendakwa itu adalah invois sah pembayaran dilakukan menggunakan wang kerajaan.


Jika pihak hotel Shangri-la menafikan penglibatan penjualan maklumat pelanggan diantara pekerja dibawah seliannya kepada Rafizi tindakan buang kerja atau menamatkan perkhidmatan kerja boleh dilakukan pihak pengurusan hotel terhadap pekerjanya yang tidak amanah menjual maklumat pelanggan kepada Rafizi. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive